Mujahid allah



Siri 1

Kepada para pembaca dikasihi kerana Allah sekalian, kisah ini menceritakan tentang saya, seorang kanak-kanak lelaki yang diberi nama Muhammad  Irfan Danish Bin Irwan. Saya dilahirkan di hospital Batu Pahat Johor. Tahun ini sudah genap umur saya lapan tahun. Saya nak kongsikan cerita kehidupan saya sebagai kanak-kanak yang sedikit berbeza daripada kanak-kanak yang lain. Semoga cerita saya ini menjadi pengajaran dan tauladan kepada kanak-kanak diluar sana terutama sekali ibu-ibu dan ayah-ayah yang saya sayangi. Mari soroti cerita menarik dalam kehidupan saya.

Nama panggilan saya ialah irfan. Saya masih lagi bersekolah disebuah sekolah rendah berdekatan dengan kota metropolitan (KL). Saya ada dua orang kakak tiri. Kakak tiri saya sangat baik, ia bukan seperti kakak tiri cerita dahulu kala yang dikatakan garang dan bengis. Adakalanya garang juga. Hehe. Saya ada papa dan saya ada satu-satunya bonda yang cantik, baik, penyayang. Saya sayang bonda. Saya sayang papa. Saya tak boleh untuk memilih siapa yang paling saya sayang. Kerana saya sayang papa dan bonda sebesar gunung (pada ukuran saya).

Saya dilahirkan pada awalnya normal seperti bayi yang lain. Semakin bertambah umur saya, ada sesuatu yang dapat dikesan dalam diri saya. Bonda bawa saya berjumpa dengan doctor. Bukanlah saya tidak sempurna tubuh badan, Cuma Allah sayangkan saya lebih sebab itu saya ada kelainan iaitu syndrome autism. Atau nama lainnya hyperactive. Penyakit ini boleh membuatkan saya aktif meskipun diwaktu malam. Doctor ada pesan kepada bonda untuk mengawal ambilan gula dalam badan saya. Kerana gula adalah bahan yang mengaktifkan diri saya. Lagi satu saya ialah peminat setia coklat sama macam bonda saya.

Pernah suatu hari saya makan banyak coklat. Apa yang terjadi pada saya pada waktu itu ialah keaktifan saya tidak terkawal lagi. Sehinggakan saya panjat pintu gate setinggi habis dan saya terjun. Masa itu umur saya dalam lingkungan lima tahun. Alhamdulillah dalam terjunan itu saya selamat. Main sampai berpeluh pun tak ada rasa penat. Ada satu hari itu, bonda bawa kereta bersama saya melalui jalan yang agak sesak dan kenderaan bergerak perlahan. Tanpa disedari tangan bonda telah menarik baju saya. Pada ketika itu kepala saya sudah berada diluar kereta dekat dengan jalan raya.  Alhamdulillah bonda tarik baju saya, jika tidak saya tak ada didunia ini lagi.

Saya Cuma ada sedikit saja pengalaman belajar di alam tadika. Bukan setahun tetapi Cuma beberapa bulan sahaja. Bonda mula menghantar saya masuk ke sebuah tadika pada umur saya lima tahun. Namun apa yang berlaku adalah, cikgu memberitahu kepada bonda yang saya tidak boleh fokus dalam kelas malah bermain. Pernah cikgu buat satu ujian dan kertas yang saya hantar pada cikgu kosong tanpa bertulis. Cikgu pun pelik dengan saya. Lalu cikgu memanggil saya untuk buat ujian lisan. Terkejut cikgu mendengar jawapan dari mulut saya, kerana jawapan yang saya berikan betul semuanya. Mana tak nya, saya dikelas hanya bermain tetapi bila cikgu buat ujian lisan seolah-olah cikgu tidak percaya dengan pencapaian saya. Dalam masa yang singkat sahaja pensil boleh lekat ditangan saya. Kerana saya bukan orang yang suka menulis.

Zaman tadika berhenti setakat itu sahaja, kerana cikgu tak dapat memberikan yang terbaik kepada anak muridnya seperti saya. Lalu, bonda memutuskan untuk membayar guru tadika yang boleh mengajar dirumah saya. Bonda melihat saya belajar didepan matanya sendiri. Memang benar kata cikgu yang saya memang tak boleh pegang pensil waktu belajar. Bila pensil ditangan saya, mulalah saya akan melukis hero kegemaran saya iaitu spiderman. Satu lagi perkara yang dapat di lihat dalam diri saya ialah saya pandai melukis. Lukisan saya bukan biasa-biasa ataupun hanya contengan tetapi saya sudah mampu untuk melukis spiderman, ultramen dengan elok rupanya. Bonda memang tak menghalang saya untuk menghabiskan kertas kotor untuk saya melukis. Jadi dirumah saya penuh dengan kertas contengan yang telah saya lukiskan hero-hero kesayangan saya.

Doctor kata: “Untuk pengetahuan ibu-ibu dan ayah-ayah, jika anak ingin menconteng sila benarkan mereka lakukan sedemikian. Ini kerana kajian mendapati bahawa otak kanak-kanak sedang berkembang diusia 0-6 tahun. Apa yang mereka conteng dapat membantu otak mereka untuk belajar lebih cepat. Maafkan mereka jika mereka melukis didinding rumah yang cantik.”

Saya sambung semula cerita menarik saya.

Tadika dirumah sendiri pun tidak bertahan lama. Maka, bonda memutuskan untuk mengajar saya sendiri dengan kudratnya. Sehinggalah saya berumur tujuh tahun dan bonda telah mendaftarkan saya sebagai murid tahun satu disebuah sekolah rendah. Kini bermulalah kehidupan saya sebagai murid darjah satu. Saya suka pergi sekolah sebab itu bonda boleh hantar saya sampai pintu pagar depan dan terus pulang. Saya pelik kenapa kawan-kawan yang lain ni menangis sampai peluk-peluk ibu mereka.


Saya seorang yang mudah berkawan dan tak pandai berlawan. Sehinggakan ada yang mengambil kesempatan untuk membuli saya. Abang-abang darjah enam kepung saya waktu lepas sekolah dan tarik tangan saya kebelakang badan. Kemudian, ada seorang abang tu tumbuk perut saya. Aduh, sakitnya! Saya tak berdaya nak berlawan. Hanya tangisan kesakitan mampu diteriakan.

....bersambung

Comments

  1. Irfan yang semakin membesar dan semakin banyak celotehnya. Rindu padanya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran