Mujahid allah
Kepada para pembaca
dikasihi kerana Allah sekalian, kisah ini menceritakan tentang saya, seorang
kanak-kanak lelaki yang diberi nama Muhammad Irfan Danish Bin Irwan. Saya dilahirkan di hospital
Batu Pahat Johor. Tahun ini sudah genap umur saya lapan tahun. Saya nak
kongsikan cerita kehidupan saya sebagai kanak-kanak yang sedikit berbeza
daripada kanak-kanak yang lain. Semoga cerita saya ini menjadi pengajaran dan
tauladan kepada kanak-kanak diluar sana terutama sekali ibu-ibu dan ayah-ayah yang
saya sayangi. Mari soroti cerita menarik dalam kehidupan saya.
Nama panggilan saya
ialah irfan. Saya masih lagi bersekolah disebuah sekolah rendah berdekatan
dengan kota metropolitan (KL). Saya ada dua orang kakak tiri. Kakak tiri saya
sangat baik, ia bukan seperti kakak tiri cerita dahulu kala yang dikatakan
garang dan bengis. Adakalanya garang juga. Hehe. Saya ada papa dan saya ada
satu-satunya bonda yang cantik, baik, penyayang. Saya sayang bonda. Saya sayang
papa. Saya tak boleh untuk memilih siapa yang paling saya sayang. Kerana saya
sayang papa dan bonda sebesar gunung (pada ukuran saya).
Saya dilahirkan pada
awalnya normal seperti bayi yang lain. Semakin bertambah umur saya, ada sesuatu
yang dapat dikesan dalam diri saya. Bonda bawa saya berjumpa dengan doctor.
Bukanlah saya tidak sempurna tubuh badan, Cuma Allah sayangkan saya lebih sebab
itu saya ada kelainan iaitu syndrome autism. Atau nama lainnya hyperactive.
Penyakit ini boleh membuatkan saya aktif meskipun diwaktu malam. Doctor ada
pesan kepada bonda untuk mengawal ambilan gula dalam badan saya. Kerana gula
adalah bahan yang mengaktifkan diri saya. Lagi satu saya ialah peminat setia
coklat sama macam bonda saya.
Pernah suatu hari
saya makan banyak coklat. Apa yang terjadi pada saya pada waktu itu ialah
keaktifan saya tidak terkawal lagi. Sehinggakan saya panjat pintu gate setinggi
habis dan saya terjun. Masa itu umur saya dalam lingkungan lima tahun.
Alhamdulillah dalam terjunan itu saya selamat. Main sampai berpeluh pun tak ada
rasa penat. Ada satu hari itu, bonda bawa kereta bersama saya melalui jalan
yang agak sesak dan kenderaan bergerak perlahan. Tanpa disedari tangan bonda
telah menarik baju saya. Pada ketika itu kepala saya sudah berada diluar kereta
dekat dengan jalan raya. Alhamdulillah
bonda tarik baju saya, jika tidak saya tak ada didunia ini lagi.
Saya Cuma ada sedikit
saja pengalaman belajar di alam tadika. Bukan setahun tetapi Cuma beberapa
bulan sahaja. Bonda mula menghantar saya masuk ke sebuah tadika pada umur saya
lima tahun. Namun apa yang berlaku adalah, cikgu memberitahu kepada bonda yang
saya tidak boleh fokus dalam kelas malah bermain. Pernah cikgu buat satu ujian
dan kertas yang saya hantar pada cikgu kosong tanpa bertulis. Cikgu pun pelik
dengan saya. Lalu cikgu memanggil saya untuk buat ujian lisan. Terkejut cikgu mendengar
jawapan dari mulut saya, kerana jawapan yang saya berikan betul semuanya. Mana
tak nya, saya dikelas hanya bermain tetapi bila cikgu buat ujian lisan
seolah-olah cikgu tidak percaya dengan pencapaian saya. Dalam masa yang singkat
sahaja pensil boleh lekat ditangan saya. Kerana saya bukan orang yang suka
menulis.
Zaman tadika berhenti
setakat itu sahaja, kerana cikgu tak dapat memberikan yang terbaik kepada anak
muridnya seperti saya. Lalu, bonda memutuskan untuk membayar guru tadika yang
boleh mengajar dirumah saya. Bonda melihat saya belajar didepan matanya
sendiri. Memang benar kata cikgu yang saya memang tak boleh pegang pensil waktu
belajar. Bila pensil ditangan saya, mulalah saya akan melukis hero kegemaran
saya iaitu spiderman. Satu lagi perkara yang dapat di lihat dalam diri saya
ialah saya pandai melukis. Lukisan saya bukan biasa-biasa ataupun hanya contengan
tetapi saya sudah mampu untuk melukis spiderman, ultramen dengan elok rupanya.
Bonda memang tak menghalang saya untuk menghabiskan kertas kotor untuk saya
melukis. Jadi dirumah saya penuh dengan kertas contengan yang telah saya lukiskan
hero-hero kesayangan saya.
Doctor kata: “Untuk
pengetahuan ibu-ibu dan ayah-ayah, jika anak ingin menconteng sila benarkan
mereka lakukan sedemikian. Ini kerana kajian mendapati bahawa otak kanak-kanak
sedang berkembang diusia 0-6 tahun. Apa yang mereka conteng dapat membantu otak
mereka untuk belajar lebih cepat. Maafkan mereka jika mereka melukis didinding
rumah yang cantik.”
Saya sambung semula
cerita menarik saya.
Tadika dirumah
sendiri pun tidak bertahan lama. Maka, bonda memutuskan untuk mengajar saya
sendiri dengan kudratnya. Sehinggalah saya berumur tujuh tahun dan bonda telah
mendaftarkan saya sebagai murid tahun satu disebuah sekolah rendah. Kini
bermulalah kehidupan saya sebagai murid darjah satu. Saya suka pergi sekolah
sebab itu bonda boleh hantar saya sampai pintu pagar depan dan terus pulang.
Saya pelik kenapa kawan-kawan yang lain ni menangis sampai peluk-peluk ibu
mereka.
Saya seorang yang
mudah berkawan dan tak pandai berlawan. Sehinggakan ada yang mengambil
kesempatan untuk membuli saya. Abang-abang darjah enam kepung saya waktu lepas
sekolah dan tarik tangan saya kebelakang badan. Kemudian, ada seorang abang tu
tumbuk perut saya. Aduh, sakitnya! Saya tak berdaya nak berlawan. Hanya tangisan
kesakitan mampu diteriakan.
....bersambung

Irfan yang semakin membesar dan semakin banyak celotehnya. Rindu padanya.
ReplyDelete