I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran


          Ramai orang menganggap bahawa wanita ini adalah daripada tulang rusuk kiri lelaki. Ramai orang tahu, wanita kini lebih ramai daripada kaum lelaki dalam dunia pekerjaan mahupun dikampus. Lantas ramai orang tahu bahawa wanita ini banyaknya emosi daripada intelektualnya. Kerap sahaja berlaku di pejabat, di sekolah atau dimana sahaja bilamana wanita stress maka mereka suka meluahkannya di laman akaun peribadi Facebook. Maka, ada juga yang like dan ada juga yang suka share status tersebut. Mungkin juga ada persamaan situasi mereka.
            
Namun, tidak ramai yang sedar, ada cerita tentang kualiti wanita dalam al-Quran. Ramai yang tidak sedar didalam al-Quran ada cerita kanak-kanak perempuan yang luar biasa. Potensi kanak-kanak wanita ini Allah telah rakamkan didalam Al-Quran,  inilah potensi yang Allah mahukan para wanita merentas zaman ikuti. Malah dalam al-Quran Allah tidak menyebutkan nama watak kanak-kanak perempuan ini, iaitu Maryam. Pelik mengapa ada babak seperti ini Allah rakamkan dalam al-Quran.


Untuk memahami ayat yang penulis nak kongsikan dengan pembaca sekalian sebentar lagi, ada satu kisah ketika mana penulis berada di alam kampus. Penulis mengambil jurusan Bioteknologi di sebuah universiti awam iaitu Universiti Putra Malaysia selama tiga tahun. Teringat penulis ketika mana pertama kali mendaftarkan diri sebagai pelajar di UPM. Namun, apa yang berlaku pada tahun yang kedua penulis berada di kampus adalah berbeza daripada pelajar dan rakan-rakannya yang lain. Tujuan asal keluarga hantar penulis ke universiti adalah untuk belajar. Mendapat score yang tinggi dengan capaian 4.00 flat seperti yang diidamkan oleh ramai ibu bapa rakan yang lain. Namun, menariknya yang berlaku kepada penulis adalah berbeza daripada bayangan pembaca. Keputusan penulis untuk melibatkan diri dalam dunia fasilitator, membuatkan penulis diterima untuk menjadi penyampai dalam program-program yang terlibat daripada organisasi luar. Meskipun, tujuan asal penulis masuk ke kampus adalah belajar, iainya tidak membuatkan penulis betah untuk duduk pasif begitu sahaja. Melibatkan diri dengan dunia luar membuatkan penulis lebih banyak belajar daripada sudut soft skill dan attitude.

Jadi pembaca yang dihormati sekalian, saya nak bawakan persoalan. Mengapa cerita ini Allah rakamkan dialog emaknya? Mengapa bukan Allah sahaja yang firmankan dalam kisah ini? Kenapa Allah tak mention nama watak-watak dalam kisah ini? Apakah tidak penting untuk tahu siapa watak dalam cerita ini?





Rajah diatas menggambarkan Sungai Nil.


Dan berkatalah dia kepada kakak Musa: Pergilah cari khabar beritanya. (Maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.
Surah Qasas 28:11

Penulis suka untuk berkongsi dua patah perkataan sahaja didalam ayat di atas ini. Pertama قُصِّيهِ‌ۖ dan فَبَصُرَتۡ . Mengapa? Ianya ada kaitan dengan potensi yang Allah sebutkan secara tidak langsung terhadap sikap kanak-kanak perempuan ini. Lihat kepada perkataan قُصِّيهِ‌ۖ yang maksudnya adalah menyoroti. Mak kanak-kanak perempuan ini yang berkata-kata melalui rakaman daripada Allah. Bijaknya kanak-kanak perempuan ini, dia menyoroti peti dimana adiknya berada didalam itu secara jauh. Malah dia mengikuti peti tersebut tanpa hilang peti tersebut daripada pandangannya. Kanak-kanak perempuan ini mengikuti sejak peti itu dihanyutkan, sampai terdampar dan diambil oleh dayang-dayang istana istana Firaun. Dia selalu memerhatikan dengan sedikit menjauh. “sedang orang ramai tidak menyedarinya”  disebut dalam kitab Tafsir Al-Azhar karangan HAMKA adalah dayang-dayang, Tuan Puteri dan Permaisuri Firaun. Mereka tidak menyedari bahawa ada kanak-kanak luaran yang melihat-lihat itu adalah kakak kandung Nabi Musa.

Mari penulis membawa pembaca kepada perkataan seterusnya iaitu فَبَصُرَتۡ. Adakah ini kata-kata daripada emaknya? Tidak, ini bukan kata-kata daripada maknya. Ini adalah gambaran Allah terhadap sifat kanak-kanak dalam cerita ini. ‘Fa’ ini maksud punchline kepada ketaatan. Ketaatan kepada seorang ibu sehinggan Allah rakamkan dalam surah Luqman , kebesaran seorang ibu berbanding seorang ayah. Kanak-kanak ini terus mentaati ibunya tanpa lurus bendul. Dia memerhati dengan teliti. Jika lurus bendul dia akan follow sahaja. Malah lebih teruk nak dibayangkan dalam kotak minda kita sekarang adalah ditangkap oleh tentera Firaun dan dibunuhnya kanka-kanka ini dengan ngeri sekali. Kita tahu sahajalah perangai Firaun yang duka mengumpul hobi membunuh rakyat tanpa bersalah. Inilah kualiti wanita dalam islam yang Allah telah rakamkan.

Ada sebab mengapa Allah rakamkan babak ini didalam al-Quran. Cerita ini bukan sengaja Allah  nak reka seperti mana kita hasilkan novel. Al-Quran bukanlah novel. Al-Quran juga bukanlah seperti drama-drama aksi dan Slot Akasia yang kita selalu tonton dalam television.



Penulis suka untuk akhiri penulisan ini dengan menggesa pembaca sekalian untuk melihat kisah ini dengan kaca mata yang jernih. Bawalah minda bersama dengan 4 elemen penting daripada kesimpulan kisah yang penulis kongsikan sebentar tadi. Apakah empat elemen tersebut?  Iaitu 2P dan 2B.

Mari kita lihat P yang pertama.

1.    Proaktif
Tirulah aksi proaktif kakak Nabi Musa ketika mak nya mengarahkan dia untuk mengikuti peti adiknya ketika dihanyutkan.
2.    Percaya
Yakin dan percaya kepada Allah bahawa peti tersebut dibawah kawalan Allah.

Mari kita lihat B pula.

3.    Berani
Keberanian ini Allah campakkan dalam diri seorang kanak-kanak perempuan kecil. Bermakna kita juga layak untuk meminta kepada Allah untuk dikurniakan keberanian seperti kanak-kanak ini.
4.    Bijak

Tidak ikut arahan dengan lurus bendul. Malah boleh berfikir lebih jauh untuk keselamatan diri juga.

Wallahu'alam

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur