Posts

Inspirasi : Nota Strategi

Image
Cuba lakukan perkara ni, . Pernah ada rasa malas kan? Rasa takut, Rasa ragu-ragu dan Rasa selalu nak buat alasan. . Apa tindakan yang anda lakukan ketika situasi diatas datang kepada anda? (Kalau sudi nanti share di komen ye) . Apa kata, catatkan strategi tersebut dalam sebuah buku catatan khas anda. . Mahal tau strategi ni. Jadi jangan biarkan macam tu je.  Sebab situasi di atas tadi tu akan berulang dan berulang lagi dalam hidup kita. . Jadi bila situasi tu datang lagi dalam hidup kita,  kita rujuk apa strategi yang pernah kita buat. . Macam berperang la, sebelum musuh datang  dah ada strategi A,B,C. Tak gitu? 😉 . Mana tahu boleh kongsikan strategi baik ni pada orang lain kan.  Dapat saham amal yang baik. Insha Allah. . Selamat beramal dengan tips inspirasi hari ini. . Khadijah Lokman Agen Inspirasi 😀 #khadijahlokman #lovetoshare #Inspirasi

Inspirasi : Nota peristiwa

Cuba buat perkara ni dalam sehari anda. . Catatkan nota peristiwa yang anda lihat atau dengar boleh memberi inspirasi kepada anda. . Sebagai contoh, dengar tazkirah di radio ada point penting untuk diri, ingat dan catatkan di dalam buku nota khas inspirasi anda. . Jangan lepaskannya begitu sahaja. . Ia juga sebahagian dari ilmu dan belajar dari pengalaman orang lain untuk berjaya. . Khadijah Lokman Agen Inspirasi #inspirasikhadijahlokman #lovetoshare

Epok-epok air tangan mama.

Image
Mama ni bila anak-anak dia semua ada,  dia suka masak extra kunyah-kunyah. . Hari ni mama buat epok-epok  dan bubur kacang hijau. . Tanda mama happy kan,  dia masak untuk anak-anak menantu cucu dia. . Zaman sekarang ni kuih muih dah 50 sen seketul.  Tu pun macam nak bertegang leher dah dengan peniaga. . Kata peniaga, kuih sekarang 50 sen, tapi besar, isi penuh.  Kita pun buka la karipap yang dia kata inti penuh tu.... kosong dihujung boleh buat teropong. . Tolong la peniaga diluar sana,  tak kisah nak naikkan harga kuih pun,  tapi berilah yang terbaik dalam masakan kita.  Macam mana kita nak makan macam tu la kita beri pada orang.  Ataupun boleh je berpada-pada.  Rugi ke kalau buat macam tu? . Renung-renungkan. Sekian, Dari anak ex tukang masak Restoren Mak Ngah Corner  10 tahun lebih pengalaman berniaga. . #karipap #kuihmuih #epokepok

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Bismillah, . Pembaca sekalian p ernah ada sabahat tak? . Mesti pernah ada kan? . Zaman sekarang ni orang panggil BFF. . Cuba ingat semula macam mana kita layan sahabat baik kita tu? . Bak kata orang 'kamceng', setiap hari mesti ada je nak cerita, nak jumpa, nak lepak sama. . Sahabat yang baik boleh la ingatkan kita perkara yang baik-baik dan tidak membuat maksiat bersama. Alhamdulillah dapat sahabat begini. Moga kebaikan sahabat ini dapat bersama-sama menuju syurga Allah. . Begitulah kita nak jadi sahabat kepada al-Quran. Kerana didalamnya terkandung pelbagai perkara, pesanan, motivasi, larangan, kisah-kisah orang terdahulu untuk menjamin kita selamat dunia dan selamat di akhirat. . Amalkan doa ini, minta agar Allah jadikan Al-Quran sahabat baik kita. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ اجْعَÙ„ِ الْÙ‚ُرْآنَ رَبِيعَ Ù‚ُÙ„ُÙˆْبِناَ، ÙˆَÙ†ُÙˆْرَ صُدُÙˆْرِناَ، ÙˆَجلاَØ¡َ Ø£َØ­ْزَانِناَ، Ùˆَذهَابَ Ù‡ُÙ…ُÙˆْÙ…ِناَ Maksudnya: Ya Allah! Jadikanlah al-Qur’an sebagai penyejuk hati k...

Didiklah anakmu

Bismillah. . Entri kali ni saya nak kongsikan topik berkenaan dengan didikan anak untuk berdikari dan berdisplin. . Macam mana? . Setiap anak ada tanggungjawab dan tugasan mereka dirumah. Contoh along sapu lantai, angah basuh pinggan, adik kemas singki susun pinggan. . Selepas anak laksanakan tugas mereka, ibuabah perlu semak kerja yang telah mereka lakukan. Berikan reward kepada anak sebagai contoh ucapkan terima kasih, beri pelukan, beri pujian usaha yang dilakukan boleh juga dalam bentuk hadiah. . Umur berapa nak latih anak? . Seeloknya latih anak sejak umur kecil lagi, jika dia dah boleh faham apa yang kita cakap dah boleh berikan tugasan. Mula-mula memang kena sabar kerana hasilnya akan tak sedap mata memandang. Baju lipat bergulung, basuh pinggan bersepah air tumpah ke lantai, dan macam-macam lagi tanpa kita duga. . Namun apa yang ibu dan abah boleh buat adalah S.A.B.A.R. . Ya, mungkin kalau dalam kita penat kita mudah tak sabar. . Pegang lah satu perkara ni, kita k...