Didiklah anakmu
Bismillah.
.
Entri kali ni saya nak kongsikan topik berkenaan dengan didikan anak untuk berdikari dan berdisplin.
.
Macam mana?
.
Setiap anak ada tanggungjawab dan tugasan mereka dirumah. Contoh along sapu lantai, angah basuh pinggan, adik kemas singki susun pinggan.
.
Selepas anak laksanakan tugas mereka, ibuabah perlu semak kerja yang telah mereka lakukan. Berikan reward kepada anak sebagai contoh ucapkan terima kasih, beri pelukan, beri pujian usaha yang dilakukan boleh juga dalam bentuk hadiah.
.
Umur berapa nak latih anak?
.
Seeloknya latih anak sejak umur kecil lagi, jika dia dah boleh faham apa yang kita cakap dah boleh berikan tugasan. Mula-mula memang kena sabar kerana hasilnya akan tak sedap mata memandang. Baju lipat bergulung, basuh pinggan bersepah air tumpah ke lantai, dan macam-macam lagi tanpa kita duga.
.
Namun apa yang ibu dan abah boleh buat adalah S.A.B.A.R.
.
Ya, mungkin kalau dalam kita penat kita mudah tak sabar.
.
Pegang lah satu perkara ni, kita kena ingat dalam rumahtangga perlu banyak bersabar. Bukan sabar dengan pasangan sahaja, tetapi sabar dengan anak-anak. Nak didik anak-anak untuk jadi insan yang berdisiplin dan berdikari bermula dari kesabaran ibu abah yang mendidik.
.
InsyaAllah moga dengan kesabaran ibu abah ini Allah kurniakan hikmah dihujung kisah. Bila anak dah besar, mudah kerja ibu abah. Malah anak-anak jadi ringan tulang membantu orang tuanya tanpa dipaksa.
.
Khadijah Lokman
#IbuDelisha

Comments
Post a Comment