Tadabbur menggunakan aqal dan hati

Bismillah.

.
Hari ni dah baca al-Quran?
.
Jika dah baca, pilih satu ayat sahaja untuk kita ambil pengajaran dari ayat tersebut.
.
Percayalah, ayat yang kita baca pagi tadi bukan satu kebetulan, tetapi telah di taqdirkan oleh Allah.
.
Jadi tugas kita perlu ambil apa intipati ayat tersebut cakap apa untuk kita fikir dan bertindak.
.
Sama juga seperti kita terima email atau whatsapp dari bos kan untuk laksanakan sesuatu tugas. Anda biarkan buat 'derk' je atau buat apa yang diminta tadi?
.
Sebelum itu, mari kita ambil tahu apa yang dimaksudkan dengan TADABBUR?
Maksud tadabbur adalah dengan cara kita menghayati dan merenung sehingga meresap makna ayat al-Quran itu ke dalam hati.(Sumber: Syarat tadabbur al-Quran, Dr Zahazan Mohamed)
.
Apakah perbezaan Tadabbur dan Tafsir?
Tadabbur berbeza dengan tafsir kerana tafsir menjelaskan maksud yang dikehendaki Allah SWT pada suatu ayat.(Sumber: Syarat tadabbur al-Quran, Dr Zahazan Mohamed)
.
Jadi boleh ke saya ni orang awam, rakyat marhaen, netizen nak tadabbur al-Quran ni?
.
Apakah tidak mereka berusaha merenungi al-Quran atau pada hati-hati mereka ada penutupnya?” (Muhammad, 47: 24)
.
Berinteraksi dengan tadabbur ialah kombinasi penggunaan akal dan hati dalam memahami, menghayati dan memikirkan setiap kata dan setiap ayat Al-Quran. Syarat untuk tadabbur tidak memerlukan seseorang menguasai pelbagai disiplin ilmu. Apa yang diperlukan hanyalah kejernihan hati dan akal.
(Buku Nikmatnya Tadabbur Tazakkur)
.
Moga kita tergolong dalam kalangan yang tidak terkunci hatinya daripada memahami al-Quran.
.
Berusahalah untuk mencari ilmu mendalami al-Quran. Bukan sekadar melabel diri netizen, orang biasa tetapi tetap berduduk diam.
.
Selamat bertadabbur sahabat 
.
Khadijah Lokman
Jom Like Tagging & Journaling Al-Quran

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran