Mengapa Menulis

Hari ni saya sertai bengkel penulisan yang menggunakan teknik CASIC.

Sudah lama menulis tetapi tidak di kumpulkan untuk disebarkan.

Mungkinkah kali ini? Tahun ini?

InsyaAllah boleh diusahakan tahun ini jika cekal hatinya. Bukan apa...kadang-kadang mudah layu di tengah jalan.

Casic ini mudahnya kajian daripda surah al-fatihah. Susunan yang cantik dalam surah al-fatihah ini ditiru gayanya untuk kita pandai menyusun idea.

Mudahnya C adalah connect, A adalah acknowledge, S adalah serve, I adalah inquire dan C terakhir adalah choice.

Ketika menulis pasti ada masalah yang nak diselesaikan. Mengapa pembaca nak teruskan bacaan artikel kita tulis? Apa isu nak diselesaikan?

Ini adalah soalan kepada penulis agar lebih jelas menyusun idea dan juga jelas dengan nilai yang baik.

Kerana menulis ini dihujungnya akan ditanya semula.

Inilah peluang meninggalkan legasi buat ummah.

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran