Berbudi dan Penyayang
Alhamdulillah. Hari ini dapat bersama-sama dengan ribuan orang berkumpul di Masjid Mizan Putrajaya bagi menjayakan Malaysia #QuranHour.
Kali ini agak berlainan daripada tahun lepas iaitu dengan kehadiran Duli Yang Amat Mulia Sultan Perak Sultan Nazrin Azlan Shah. Pemimpin negara seperti inilah yang kita mahukan. Bersama sama rakyat jelata untuk berkumpul menyatukan hati dengan Al-Quran.
Bertemakan Bangsa Berbudi dan Penyayang kali ini sangat luar biasa kedatangan hadirin dari pelbagai pelusuk.
Gerun dan meremang bulu roma melihat ramai manusia berkumpul untuk bersama sama membaca al-Quran.
Merasakan kesamarataan apabila disatukan dengan al-Quran. Tidak ada beza pangkat dan darjat.
Moga Allah kumpulkan sekali lagi kami semua di Syurga kelak.
Comments
Post a Comment