Perit Namun Ku Telan

Assalamualaikum Tuan. Penuh nada berhikmah aku bagi salam.

.................
Dihujung talian terdiam seketika.

Pelik aku. Talian tak jelas ke. Line rosak ke.

Assalamualaikum Tuan. Sekali lagi aku ucapkan salam.

Waalaikumsalam. Ya.

Saya Khadijah Lokman daripada Akademi Sinergi. Sebuah syarikat latihan dan perundingan.

Ye..ye. Dengan nada tegas dan tergesa-gesa.

Tuan masih berkhidmat di Syarikat sekian...sekian.?

Ya masih lagi. Awak nak apa ni? Direct to the point. Kalau nak tahu kami buat apa tengok kat website. Fuhh...dia punya cantas apa aku nak cakap tu, sampaikan tergagap aku dibuatnya.

Saya berminat untuk kerjasama dengan pihak tuan berkaitan program-program....

Ha, boleh hantar kat email kami.

Boleh saya dapatkan email tuan?

Ambil dekat website.

Terima kasih tuan. Assalamualaikum.

Istighfar aku dengan klien macam ni. 
Dalam hati aku, sekali sekala dapat klien macam ni. Chill la.
Sebelum ni aku dapat klien semua baik-baik sangat.
Kali ni dapat yang worst case. Terngaga den.

Tak pe la. Apa yang lebih penting adalah dalam perbualan tadi 
aku cuma nak kongsikan satu perkara. Peringatan khas buat aku 
dan orang di luar sana yang 
mengalami situasi sama macam aku.

Poin penting disini
1. Jangan cepat melenting
2. Dengar je apa yang dia nak cakap
3. Tenang kan diri, ingat balik matlamat
4. Hati dia Allah pegang

Ada ayat rujukan yang aku nak kongsikan di sini jika berlaku situasi tadi 
ataupun lebih teruk dari tu. Pegang ayat ni dan jom kita buat tadabbur sikit. 
Agar hati lebih lembut dengan ayat Allah.



وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنً۬ا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَـٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَـٰمً۬ا

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; 
Surah Al-Furqan 25:63

Nak jadi hamba Allah Ar Rahman tak?
Mestilah nak kan.

Fokus ayat ni:
...apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat...

Orang cakap apa sekali pun sampai hati kau perit ke. Relaks je. 
Ingat ayat ni yang boleh menguatkan lagi diri tu.
Jangan balas balik dengan nada yang sama seperti orang tu.
Nampak sangat Syaitan dah menguasai diri kau.

Ok,,selamat beramal dengan ayat ini. Aku suka sangat ayat ni. 

#anakmudamembinalegasi

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran