Ganjaran dan Pilihan
Jika masih ingat pagi tadi, kita sudah buat keputusan untuk diri. Adakah mahu bangkit dari katil yang empuk ataupun menarik kembali selimut yang gebu?
"Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya"
Surah An-Naziat 79:1
Bayangkan waktu tengah menarik selimut gebu tadi subuh , bacaan ini langsung memintas dalam kepala. Pasti terus bingkas bangun. Jika kita mahu nyawa dicabut lembut oleh malaikat, kita boleh bertukar menjadi makhluk yang paling baik.
Setiap pilihan pasti ada balasan dan ganjarannya di akhir kelak. Sinopsis Surah An-Naziat ini mencetuskan perkara yang serius kerana Allah bersumpah pada lima ayat yang terawal tentang tugas-tugas malaikat. Namun, yang Allah nak ceritakan dalam surah ini bukanlah ciri-ciri malaikat dari cahaya dan tugasan malaikat. Lebih dari itu adalah cerita tentang bermulanya hari kiamat.
Bukan untuk menakutkan tetapi untuk peringatan kepada kita semua akan hari akhir itu. Moga-moga pilihan yang kita buat di atas dunia ini mendapat ganjaran yang baik disana.
Sudahkah kita lakukan perkara yang baik hari ini?
Comments
Post a Comment