Tali Keselamatan

Koleksi Tadabbur Tazakkur

Ramai orang tahu zaman sekarang ini banyak pengedar dan percetakan al-Quran. Corak, saiz, bentuk dan warna al-Quran sangat menarik untuk di beli oleh si pembeli. Namun, tidak ramai orang tahu sejauh mana masyarakat muslim menggunakan manual ajaib ini sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Ye la, nak masak ikan siakap tiga rasa bagi yang tak pernah masak semestinya memerlukan buku resepi. Setelah mencuba langkah demi langkah, akhirnya menjadi masakan ikan siakap tiga rasa.


"Katakanlah (wahai Muhammad): Kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya) kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)."
Surah Yunus 10:58


Ahli keluarga tidak akan dapat makan ikan siakap tiga rasa yang enak jika yang memasak tidak menggunakan buku resepi pada awalnya. Tidakklah al-Quran itu menjadi tali keselamatan, cahaya, petunjuk kecuali kepada mereka yang mentadabburinya, mengenalinya dan mengamalkannya. Bergembiralah dengan kitab yang dihadiahkan ini kepada kita.

Ya Allah, limpahilah kami dan keluarga dengan Rahmat terbesar-Mu, yaitu Al-Qur’an.
WAllaahu A’lam

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran