Penawar dan Rahmat
Koleksi Tadabbur Tazakkur
“Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian”.
Surah Al-Isra; 82
Didalam ayat ini, Allah telah menyampaikan mesejnya bahawa Al-Quran yang diturunkan ini adalah buku manual ajaib kepada manusia. Manual yang bukan sahaja tertulisnya panduan malah lebih dari itu menjadi penawar dan rahmat kepada kita.
Tidak mustajab sekiranya hanya beli losyen untuk kurus dan dilihat setiap hari. Berhasilnya beli losyen untuk kurus ini, apabila losyen tersebut disapu guna pada setiap hari. Maka kita dapat lihat dari 99kg turun kepada 88kg (contohnya).
Tidak berhasil juga bila al-Quran ada lima, sepuluh mushaf dalam rumah hanya dipandang setiap hari. Jika nak tahu akan penawar dan rahmat yang Allah janjikan, perlu dilihat, dibaca dan dibelek al-Quran itu. InsyaAllah, kita akan dapatkan penawar dan rahmat Allah.
Ya Allah, limpahilah kami dan keluarga dengan Rahmat terbesar-Mu, yaitu Al-Qur’an.
WAllaahu A’lam
Comments
Post a Comment