Harapan Yang Tinggi

Koleksi Tadabbur Tazakkur

"Aku harap sangat lah projek kali ini menjadi."
"Harap-harap peserta seminar kita kali ni dapat 300 orang."


Ah Chong ada harapan, Salleh ada harapan, Muthusami juga berharapkan sesuatu kejayaan. Keberhasilan dan kejayaan projek dan mencapai peserta 300 orang bukanlah dibawah kawalan Salleh, mahupun Ah Chong dan sahabatnya Muthusami. Sejauhmana kebergantungan dan harapan tinggi kepada tuhanNya. Kerana Allah Yang Maha Mampu yang lebih mampu untuk mencapai 300 peserta dan projek yang dirancang itu menjadi. Oleh itu, kita sebagai hamba perlu menguatkan doa dan jalankan yang telah dirancang.

"Sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan.”
 (QS. An-Nisa: 104)

Usah sesekali mempersoalkan kemampuan Allah. Fikir cuma satu, Allah mampu memenuhi apa sahaja yang hambanya inginkan dan Dia berkehendak atas segala sesuatu.

Ya Allah, limpahilah kami dan keluarga dengan Rahmat terbesar-Mu, yaitu Al-Qur’an.
WAllaahu A’lam

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran