Cerita Rakyat

Nak balik kampung ke tak?

Hari raya hampir tiba. Namun masih lagi terfikir-fikir untuk membuat keputusan untuk balik ataupun tidak.

MD: Tak payah balik la. Minyak, barang semua dah naik harga. Jimat banyak tak balik kampung musim raya ni.


MA: Pasti sedih orang tua di kampung. Menanti-nanti kepulangan anaknya untuk sambut raya bersama. Rupanya tak balik-balik.

MD: Alaaa...boleh telefon je mak abah kat kampung tu. Zaman sekarang ni boleh video call lagi.

MA: Tidak sama nilai bercakap di telefon dengan bersemuka. Allah sukakan dengan insan yang menghubungkan tali silaturrahim.

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” 
(Surah an-Nisaa’, 4:1)

*MD: Minda Dunia
*MA: Minda Akhirat

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran