Ibrah Dan Tadabbur

Apa kaitannya ya?

Saya pun baru sahaja bertatih-tatih dalam dunia ibrah. Sebelum ni saya sudah terlibat dengan dunia tadabbur dan tazakkur. MasyaAllah, dua dunia yang sangat memuaskan saya. Tenggelamnya saya dalam dua dunia ini walaupun adakalanya lemas sebab tak pakai alat yang diberikan. Sama juga bilamana kita berenang tanpa pelampung dan alat yang lain di lautan dalam, secara natural nya pasti tenggelam. Lagi-lagi yang tak tahu cara nak berenang. Lagi lah lemas. Tuh, sama juga dengan kita, bila berinteraksi dengan al-Quran, perlu juga alatnya. Apa itu alatnya?



Saya baca dalam penulisan Ustaz saya dia kata Dr Solah Abdul Fattah Al-Kholidi dalam kitabnya, mafatih lil taamul maal Quran menyatakan sebagai seorang muslim, interaksi dengan Al-Quran adalah seperti berikut:-

1. Membaca.
2. Menghafal. 
3. Bertadabbur 

Masih saya ingat lagi, ayat pertama yang saya hafal semasa saya baru mengenal tadabbur. Ayat ini memberikan inspirasi kepada saya untuk saya terus bertadabbur dan terus mendampingi al-Quran. Kerana dalam ayat ini, dihujung ayat Allah ada sebut golongan ulul albab. Maksudnya orang-orang yang berfikir. Berfikir tentang apa? Mestilah tentang ciptaan, keindahan, kebaikan , nikmat yang Allah kurniakan. Siapa tak mahu jadi golongan yang Allah sebut dalam al-Quran? Ini kalilah Allah kasi can pada kita semua untuk tergolong dalam kalangan ulul Albab. Bukannya Ahmad Albab, diketuk baru senyap, baru faham. Cukup sudah selama saya hidup 24 tahun didunia ini masih lagi tak kenal al-Quran. Tidak boleh sesal, masa yang ada ini pasti di optimusasikan dengan al-Quran. 

Dibawah ini adalah ayat pertama yang boleh saya kongsikan dengan pembaca yang budiman sekalian. Inilah ayat pertama yang saya hafal. 



Allah telah berfirman:-



كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
Kitab yang kami turunkannya ke atas kamu berkat untuk mereka bertadabbur ayat-ayatanya dan untuk memberi peringatan kepada orang yang berfikir (Sod: 29)



Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran