Korban Itu Satu Kesyukuran
Macam Nampak Pelik.
Alhamdulillah kini sudah masuk bulan Zulhijjah. Raya Haji hampir tiba. Mari kita melihat
pengajaran daripada surah al-Kauthar. Meskipun dalam surah ini hanya ada tiga ayat
sahaja. Makna dalam surah ini adalah;
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). (1) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (2) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).(3)
Apa kaitan kisah korban dengan diri kita?
Apakah yang kita korbankan untuk Allah?
Apakah erti pengorbanan yang sebenar?
Apakah yang kita korbankan untuk Allah?
Apakah erti pengorbanan yang sebenar?
Pastinya soalan diatas ini sedang bermain-main didalam minda kita?
Atau, tidak memikirkannya langsung?
Kisah yang paling hampir sekali dengan kita tatkala Raya Haji menjelma adalah kisah
lembu disembelih, makan ketupat kali kedua, pakai baju raya baru, balik kampung
beraya.
Mari kita melihat semula kisah yang tertulis didalam kitab al-Quran yang begitu hampir
dengan sekali iaitu kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Apa kisahnya ya?
Nabi Ibrahim mendapatkan dalam mimpinya untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail.
Sudahlah lama tidak berjumpa dengan anaknya, ditinggalkan lama pula tu. Tapi, bila balik
ke pangkuan keluarga perlu menyembelih si anak?
Jika ikut akal biasa manusia akan berkata , "Gila ke apa bapak nye ni?"
Allah lebih bijak daripada manusia. Akal tidak mampu untuk menafsir apa yang Allah
lakukan. Itu kerja Allah, kita manusia tak perlu nak sibuk-sibuk.
Siapa yang melakukan korban, dia tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur.
Jadi perlu korbankan sesuatu yang kita sayang untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Nampak sukarkan?
Tapi itulah yang Allah katakan dalam banyak surah "La tasykurun" kebanyakkan dari kamu
ini tidak bersyukur.
Apa kaitan korban dan syukur?
Orang yang tidak sanggup berkorban melambangkan kurang bersyukur, kerana sudah
banyak nikmat yang Allah berikan kepadanya.
Kita sanggup korbankan bintang sebagai ganti korban orang disayangi.
Owh....maknanya korban yang boleh ditadabburkan adalah dari sudut orang yang kita
sayang la. jika harta benda bagaimana pula?
Ya sama. Kita bagi korban binatang itu perlukan duit...memang korban harta..sebagai
tanda syukur nikmat banyak dari tuhan.
Jadi kita dimana?
Moga tergolong dalam golongan yang bersyukur.
Comments
Post a Comment