Tadabbur dan Tazakkur #3

Ini Amanah.

Surah Al-A'raf

"Dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan dukacita, berkatalah dia: Amatlah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku; mengapa kamu terburu-buru (tidak menunggu) perintah Tuhan kamu? Dan dia meletakkan Luh-luh (yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta dia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadanya. Nabi Harun berkata: Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim." 7:150

Ayat ini menyentuh tentang tanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan. Lebih dikenali sebagai amanah. Kisah ini antara Nabi Musa, Nabi Harun dan kaumnya. Amanah yang ditinggalkan kepada Nabi Harun ketika kelurnya Nabi Musa bermunajat kepada Allah.

Allah memberitahu Nabi Musa untuk pulang menuju kaumnya setelah bermunajat kepada Allah. Dengan kemarahan yang memuncak, lalu dia berkata, " Alangkah buruknya perbuatan yang kamu kerjakan setelah pemergianku!" Dia berkata "Sungguh buruk perbuatan kamu menyembah anak lembu setelah aku pergi dan meninggalkan kamu." Sekembalinya, Nabi Musa berkata: "Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka sesat,." Surah Taha 20:92. Manakala dalam ayat ini dia berkata, "Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) memandangku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat (tempelakmu) terhadapku dan janganlah engkau jadikan daku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim."

Ternyata mereka berdua tidak terlibat dalam perbuatan kaum mereka yang keji dan mereka membersihkan diri mereka daripada perbuatan kaumnya seperti dalam firman, "Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun telahpun berkata kepada mereka sebelum itu: Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmatNya; oleh itu, ikutlah daku dan taatlah akan perintahku."

Lalu Musa berkata, " Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani." Surah Al-A'araf 7:151

"Dia memegang (rambut) kepala saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadanya" Musa bersikap demikian kerana khuatir Harun lalai dalam melarang mereka, sebagaimana diterangkan pada ayat lain.
Daripada Abu Hurairah, Dia berkata, Rasulullah bersabda, " Kamu wajib mendengar dan taat, sama ada dalam keadaan susah mahupun senang, dalam perkara yang disukai mahupun benci, meskipun hal itu merugikan kepentinganmu." (Hadis Riwayat Muslim). Hadis ini memberikan faedah bahawa diwajibkan untuk taat pada pemmpin dalam semua keadaan walaupun kadang-kadang berasa sangat berat dengan tujuan untuk mendahulukan kemaslahatan yang bersifat umum atas kemaslahatan yang bersifat khas.

Kamus Bahasa Arab.
Ghadbana- marah/kemurkaan Allah
Sebanyak 24 kali perkataan ini diulang dalam al-Quran.
a'ajiltum-Adakah kamu tidak sabar
Sebanyak 47 kali perkataan ini diulang dalam al-Quran

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran