Tadabbur dan Tazakkur #2
Banyakkan Doa
Surah Ali-Imran
رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau
memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau
jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
Ali-Imran 3:8
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami.
Ini adalah potongan doa yang ada dalam al-Quran.
Bermakna kita meminta pada Allah supaya jangan dipesongkan hati
daripada mendapat petunjuk setelah Allah membenarkan ianya melengkap
dihati. Jangan jadikan kami orang yang keras hatinnya. Kemudian jadikan
kami kukuh dan tetap dengan agama yang benar iaitu islam.
Hadaitana daripada kata akarnya Ha Da Ya - tunjuk ataupun petunjuk.
Setelah engkau tunjukkan pada kami. Sebanyak 268 kali kata ini disebut
dalam al-Quran. Satu contoh dalam surah al-Fatehah
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ- Tunjukilah kami jalan yang lurus
Biasa juga kita samakan petunjuk itu dengan hidayah. Sebagai hamba
kepada Allah, meminta hidayah kepadaNya adalah sepanjang masa. Bukan 17
kali, bukan juga 5 kali. Malah merangkumi 24 jam yang kita miliki.
Setiap masa, manusia itu membuat keputusan. Daripada celiknya mata
hinggalah waktu berehat. Dan setiap itulah hidayah daripada Allah kita
diperlukan.
Dan berikan kepada kami daripada ladunka-dirimu,
rahmah-rahmat. Supaya hati kami terus kukuh dan kuat untuk meningkatkan
tahap keimanan kami. Sesungguhnya engkau Al-Wahab iaitu Maha Pemberi.
Allah al-Wahab banyak kurniaan tanpa meminta balasan daripada
makhluqnya. Dia menyempurnakan permintaan semua hambanNya daripada yang
diminta hinggalah tanpa diminta. Dan tidak ada satu permintaan pun yang
tertinggal pesan. Subhanallah.
Moga diri ini terus dipandu dan
cerah serta terang untuk mendapat signal hidayah daripada Allah tanpa
terputus-putus. InsyaAllah.
Daripada Syahr bin Hausyab, dia
berkata, aku bertanya kepada Ummu Salamah r.a, "Wahai ummul mukminin,
doa apakah yang sering dibaca oleh Rasulullah ketika berada disisiMu?"
Dia menjawab, "Doa yang sering dibaca oleh baginda ialah:
Ya Muqallibal Qulub Thabbit Qalbi A'la Dinik Wa 'ala Thaa'tiq
" Ya Allah yang membolak balikkan hati, teguhkan hatiku dalam agamamu dan ketaatanmu."
Hadis di atas memiliki beberapa faedah;
-menggambarkan ketundukan dan kepatuhan Nabi terhadap Allah. Baginda mengajarkan doa tersebut kepada umatnya.
-menunjukkan pentingnya sikap istiqamah dan teguh dalam agama Allah.
Comments
Post a Comment