DIVINE SPEECH
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum saya ucapkan
kepada para pembaca yang budiman. Syukur segala puji bagi Allah Ya Rahman Ya
Rahim yang memberikan limpahan kasih sayang nya kepada diri saya termasuk
setiap insan. Selawat dan salam keatas junjungan besar, kekasih Allah, Nabi
sekalian ummat Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda. Alhamdulillah,
Seminar Divine Speech yang disampaikan oleh Ustadh Nouman Ali Khan telah pun
berlabuh tirai. Syukur kepada Allah memberikan saya kudrat dan iradat untuk
menghadiri seminar yang bermakna ini dianjurkan oleh Bayyinah Institute dan
disokong kuat oleh Kumpulan Media Karangkraf sendiri. Selama dua hari bermula
pada 21 Jun tamat pada 22 Jun 2014 saya menyertai seminar ini secara total
bertempat di PICC Putrajaya. Terima kasih kepada Ustadh Nouman kerana memilih
untuk ke Malaysia sekali lagi. Yang menarik perhatian saya, Ustadh Nouman
memuji Negara Malaysia yang majoritinya adalah muslim yang bertuah. Terima
kasih juga kepada insan yang menghadiahkan tiket seminar VIP ini kepada saya. Alhamdulillah.
Suka saya untuk berkongsi disini dengan pembaca sekalian
tentang apa yang saya dapat sepanjang seminar. Mudah-mudahan ia mendapat
manfaat yang akan terus mengalir tanpa henti. Sebelum saya teruskan
perkongsian, ingin saya jelaskan disini bahawa segala yang akan dikongsikan
adalah adaptasi daripada seminar ini serta diterjemah dalam pemahaman dan
penulisan saya. Untuk makluman pembaca, seminar ini menggunakan bahasa inggeris
sepenuhnya. InsyaAllah saya cuba sedaya upaya untuk memberikan informasi yang
tepat. Dalam seminar ini beliau banyak memberikan contoh-contoh cerita dalam
kehidupan dan kaitan dengan ayat al-quran yang berkenaan. Ianya sangat menarik.
Sedikit pengenalan tentang Seminar Divine Speech ini adalah bertujuan
untuk pengajian bahasa arab. Seminar ini terbahagi kepada dua hari. Hari yang
pertama, Ustadh Nouman memberikan pengajian tentang apa yang dimaksudkan dengan
ayah (ayat dalam al-quran). Manakala hari kedua beliau menekankan tentang apa
itu surah. Mari saya bawakan pembaca sekalian kepada pengajian pada hari yang pertama.
Al-Quran adalah petunjuk kepada manusia dan bukannya
keajaiban. Di dalam Al-Quran terdirinya 114 surah. Namun, Al-Quran tidak
disusun mengikut tajuk, tidak pula disusun mengikut saiz. Jika Al-Quran itu disusun mengikut saiz, maka
yang panjang sekali iaitu surah Al-Baqarah akan berada di hadapan apatah lagi
mengikut subjek. Tambahan pula, Al-Quran tidak disusun mengikut kronologi
sepertimana dalam buku teks pembelajaran. Apa yang dimaksudkan dengan ayah?
Ianya seperti: setiap yang ada didalam dan juga diluar diri kita adalah ayah.
Pengalaman manusia itu adalah ayah. Segala yang ada di bima sakti adalah ayah.
Allah menerangkan setiap yang wujud adalah ayah. Paling menarik tentang ayah
ini apabila kita merasainya sendiri.
Sebagai contoh dalam surah Az-Zariyat.
“Demi (angin) yang menerbangkan debu. Dan awan yang
mengandungi (hujan).”
Surah Az-Zariyat: 1-2
Pada ayat diatas surah ini menceritakan tentang angin. Lalu
sewaktu kita duduk ditepi pantai, angin lembut menyapu ke pipi. Terus kita
dapat rasakan itu lah ayah. Ada 7 ciri ayah yang saya catatkan dibawah ini
untuk dikongsikan bersama:
1.
Berharga.
2.
Tertanya-tanya.
3.
Petunjuk.
4.
Hebat.
5.
Perhatian.
6.
Tertentu.
7.
Maksud
ianya sendiri.
Ustadh Nouman kongsikan cerita satu potong ayat al quran
iaitu Qurrata ‘ayun yang bermaksud penyejuk mata. Cerita berkaitan tentang
Asiah yang menjumpai Musa A.S semasa bayi. Musa A.S dikatakan sebagai penyejuk
mata bukan saja bagi Asiah malah penyejuk mata buat sang penzalim, Firaun. Mana
mungkin sang penzalim dan maha pembunuh lagi-lagi bayi lelaki ini boleh
menerima mana-mana bayi lelaki yang hidup dan sihat. Tetapi bila dilihat
kesungguhan Asiah isterinya bersungguh mahu membela anak itu seperti anaknya
sendiri dan juga setelah dilihatkan juga Asiah bayi lelaki itu kepada Firaun,
maka direlakan jua keinginan isterinya itu. Bagaimana boleh ada kerelaan
didalam dendam terhadap bayi-bayi lelaki? Itulah dia kuasa penyejuk yang
disalurkan Musa A.S kepada Firaun ketika dan saat itu yang menyebabkan hatinya
Firaun cair melihat kepada Musa A.S.
Selanjutnya saya akan berkongsikan pula input pada hari
kedua. Beliau menyebutkan tentang apa yang dimaksudkan dengan surah. Surah
diumpamakan seperti sebuah bandar yang dilihat dari permandangan atas. Bila
kita lihat dari sudut pandangan atas, maka yang akan terlihat disebuah bandar
adalah permandangan yang sangat catik. Dihiasi bandar tersebut dengan air
terjun, pokok-pokok hijau, burung bertebangan, awan yang bergerak dan hidupan
lain berinteraksi. Begitulah perumpamaan surah. Bagaimana pula quran ini
disusun? Al-quran disusun mengikut sejarah. Sahabat pada zaman Nabi yang
mengetuai untuk mengumpulkan surah yang dibaca langsung daripada Rasulullah ialah Zaid Ibn Thabit. Yang kedua Al-Quran
ini disusun melalui teks. Melihat kepada surah Al-Qiyamah ayat ke 17
“Sesungguhnya kami yang akan megumpulkan (didadamu) dan membacakannya.” Dalam
ayat ini Allah nyatakan tidak perlu khuatir kerana semuanya adalah
tanggungjawab Dia.
Wallahu’alam setakat ini sahaja perkongsian saya. Banyak
cerita yang saya mahu muatkan didalam ruang ini, namun saya tidak dapat
melakukan demikian. Mari kita mengambil peluang dan ruang yang disediakan oleh Karangkraf
sendiri yang menjalankan program-program ilmu untuk manfaat kita semua.
Apa sahaja yang kita lakukan Ada kaitan dengan masa. Dalam surah
Al Asr, firman Allah,
“Demi
Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar.”
InsyaAllah, saya akan cuba untuk kongsikan sedikit demi sedikit cerita yang disampaikan oleh Ustadh Nouman pada entri yang akan datang.
Siti Khadijah Lokman

Comments
Post a Comment