Seminar Al-Quran Inspirasiku


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pada 14 Jun 2014 telah berlangsungnya Seminar Al-Quran Inspirasiku bertempat di KUIS.

Terima Kasih kepada Tuan dan Cik Puan yang hadir. Terima Kasih juga kepada sukarelawan dari KUIS kerana membantu dengan baik untuk seminar ini. Kami doakan semoga insan-insan yang hadir ini diberikan keberkatan dan mendapat syafaat Al Quran kelak.

Amin...Alhamdulillah.

Ini dia wajah-wajah yang terlibat dalam Seminar di KUIS.

Kami dari kumpulan Lavender... :)
Sebelum Ustaz Asraff menamatkan seminar, ada ikrar yang kami beramai-ramai membacanya. Ini adalah antara isi kandungan dalam ikrar kami :


SAYA AKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH CINTAI AL-QURAN KERANA:

1- Al-Quran adalah buku yang dijaga. Jika saya menjaga Al-Quran, Allah akan menjaga  saya.
2- Al-Quran adalah cahaya. Ia boleh menyinari hati dan hidup saya.
3- Al-Quran adalah buku penuh rahmat. Dengan Al-Quran, Allah akan sentiasa berikan kasih dan belas kasihan-Nya.
4- Al-Quran kitab syifa'. Dengannya Allah akan sembuhkan segala penyakit zahir dan batin saya.
5- Al-Quran adalah buku kejayaan. Saya akan ikuti semua saranannya agar beroleh kejayaan luar biasa.
6- Al-Quran adalah kitab 'zikr'. Dengan membaca Al-Quran, Allah akan sentiasa ingati saya.
7- Al-Quran adalah kitab keamanan. Berdamping dengannya, hidup saya akan lebih aman sejahtera dan bahagia sentiasa. Ya Allah, Ya Rahman, rahmati hidup kami dengan Al-Quran. Amin ya Robbal A'lamiin.

[SEMINAR AL-QURAN INSPIRASIKU oleh Tuan Fazrul Ismail- Penulis buku MasterPIES dan Ustaz Mohammad Asraff Ayob-memiliki pengalaman 18 tahun dalam dunia hafazan dan ilmu al-Quran]

Tanggal 21 Jun 2014 ini akan berlangsung sekali lagi Seminar Al-Quran Inspirasiku bertempat di UNITAR Kelana Jaya.
Jumpa disana, InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran