Soal Cinta, Soal Nikah
Bercinta,
Berkasih sayang,
Pernikahan.
Kadang kala hati ini ada kalanya ingin sangat bercinta dan bernikah. Jika boleh dalam masa 24jam itu juga mahu ditunaikan. Bak kata pepatah, yang baik jangan dilewat-lewatkan.
Bestnye kawin!
Adakalanya, bila masa datangnya memikirkan ketidaksesuaian dalam diri dan pelbagai lagi, maka timbullah perasaan tidak mahu berkahwin. Mulalah timbulnya pelbagai alasan dalam diri. Alasan itu dan ini. Cuba untuk mengelak daripada membicarakan hal kahwin.
Terkejut Kak Ton (bukan nama sebenar) mendengar luahan hati saya.
Dia kata tak boleh ada niat sebegitu, sebab nikah itu adalah penyempurnaan sebahagian daripada iman seseorang.
Bukanlah aku tidak berniat langsung untuk mendirikan masjid Allah, ikutan sunnah Rasulullah, cumanya niatku agar aku mendapat jodohku disyurga kelak yang akan dinikahkan sendiri oleh Allah serta bersaksikan para syurgawan. Subhanallah, indahnya.
![]() |
| Jepun |
"Ustaz, boleh ke jika saya menyimpan hasrat untuk tidak berkahwin didunia kerana saya mahu berkahwin di syurga?"
"Boleh. Kahwin disyurga itu boleh. Cumanya usahlah berniat terus tak nak berkahwin didunia ini. Kita ini manusia biasa. Perkahwinan itu adalah sunnah Rasulullah. Nabi pun bernikah. Ingat lagi tak kisah tiga orang pemuda? Pemuda yang pertama berpuasa dan tidak berbuka, pemuda kedua solat tanpa berhenti, pemuda ketiga tidak mahu bernikah. Rasulullah yang pastinya masuk surga itu pun puasa dan berbuka, solat dan rehat serta bernikah."
"Yang pastinya saya masih tanam niat untuk bernikah, cumanya mahu disyurga."
"Mintalah pada Allah untuk diberikan jodoh yang baik untuk diri kita, yang faham dengan diri kita, yang serasi dengan jiwa kita. Mintalah padaNya."
![]() |
| Islamic Timeline FB |
Aku tahu akan hal sebegitu, cumanya aku tidak sedar. Teringat aku akan ayat dari Allah dalam surah Al Baqarah ayat 45,
“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.
Emosi tak menentu, jiwa meracau-racau memikirkan hal ini.
Aku berusaha rasionalkan kembali minda yang tak berapa nak center ni. Kembalikan jiwa yang kotor ini kepada sang pencipta. Bermohon untuk dibersihkan dan disuburkan semula dengan bunga-bunga iman yang mekar dan wangi.
Ada satu ayat dari kitabullah yang kerap kali menimbulkan persoalan dalam hati aku yang masih belum terjawab lagi.
“Boleh jadi kamu mencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)
Pada pagi hari khamis yang penuh barakah, sempat juga untuk aku bertemu dengan Tuan Fahmi (bukan nama sebenar) untuk membicangkan hal kerja. Sebelum mengakhiri pertemuan tersebut, aku pinta kepada Tuan Fahmi untuk meluangkan sedikit masanya untuk membantu aku merungkaikan jawapan yang belum aku temui.
"Ayat 216 surah al-baqarah menimbulkan persoalan dalam diri saya, adakah perkara yang tidak baik itu adalah yang terbaik buat diri kita?"
"Ramai orang yang menggunakan ayat tersebut untuk menyesuaikan dengan situasi yang dia sedang alami. Perkara ini sedang dialami oleh ramai muslim.
Jangan menyalah tafsirkan ayat ini.
"Oleh sebab itu perlunya istikharah dan istisyarah. Apakah itu istikharah? Istikharah adalah bertujuan untuk berbincang sesuatu perkara dengan Allah.
Boleh lawat laman web ini ia bercerita tentang istikharah. https://www.islamicity.com/articles/Articles.asp?ref=MM1201-4985
Saya kongsikan beberapa kesalahan dalam istikharah dibawah ini.
![]() |
Istisyarah pula apa? Istisyarah adalah syura ataupun mensyuarat untuk mendapatkan pandangan sebelum membuat kata putus. Contohnya ada dua pilihan A dan B. Maka, langkah seterusnya adalah melaksanakan istikharah dan istisyarah. Istikharah dilakukan bukanlah hanya sekali sahaja akan terus dapat jawapan. Malah, ia lebih baik dilaksanakan secara berterusan. Diikuti pula dengan istisyarah. Untuk melaksanakan istisyarah ini, pastikan dapat syura daripada yang ahli.
Ini yang paling menarik perhatian saya, dan baru saya dapat tahu yang istikharah ini perlu diletakkan 'dateline' nya.
Bila sudah tiba dateline nya, maka terus putuskan untuk pilih A ataupun B. Bilamana sudah membuat kata putus, contohnya memilih A adalah keputusan muktamad. Bilamana dipertengahan jalan atas pilihan A pada awalnya mengalami kecederaan, maka usah berhenti sejenak lalu membuat kesimpulan "kalau aku pilih B kan lebih bagus."
Perktaaan 'kalau' itu adalah daripada syaitan. Ia seolah-olah membangau (menyalah-nyalahkan) Akhirnya dia akan kembali menyalahkan Allah. Kembali menyalahi taqdir. Qada' dan qadar Allah.
Apa yang harus dilakukan jika pilihan A tadi mengalami masalah?
Perkara yang seharusnya diambil tindakan adalah berhenti sejenak dan memikirkan "adakah ianya akan diteruskan ataupun berhenti setakat itu sahaja."
Alhamdulillah, akhirnya terjawab juga persoalan yang selama ini berlegar-legar diminda saya.
Moga bermanfaat untuk diri saya dan pembaca yang budiman.
Wallahu'alam



Comments
Post a Comment