Mari Mengaji Siri 3


Bismillah
Alhamdulillah.

Entri pada kali ini kak dija nak kongsikan hukum tajwid nun dan mim syaddah kepada pembaca yang budiman. Sebelum itu, mari kita membaca kisah teka-teki Rasulullah.

Suatu hari Rasulullah s.a.w. telah berteka-teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud: "Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur, dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?"Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah. Abdullah bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata: "Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma, tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa (kerana beliau masih di usia kanak-kanak)."
Para sahabat bertanya: "Apakah jawapannya wahai Rasulullah?" 


Baginda bersabda lagi: "Kurma.

" [Riwayat Muslim & al-Tirmidzi]. 

Demikianlah Baginda sentiasa mempelbagaikan pendekatan tarbiah Baginda dengan mengajak para sahabat agar sentiasa cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah.

Nun dan Mim Syaddah

1.       WAJIBAL GHUNNAH (GHUNNAH MUSYADDAD)

 Makna            =          Nun dan Mim Syaddah / Bersabdu dikenali sebagai Wajibal Ghunnah (Ghunnah Musyaddad) yang bermaksud diwajibkan dengung

 Huruf             =          Terdiri daripada 2 huruf iaitu :  
ﻡّ
نّ

Hukum          =          Panjang bacaannya adalah 2 harakah

Mim sakinah
Bagi Mim Sakinah (Mati) terdapat 3 jenis hukum iaitu :
       1.   Idgham Syafawi (Idgham Mithlain)
       2.   Ikhfa’ Syafawi
       3.   Izhar Syafawi

1.         Idgham Syafawi (Idgham Mithlain)

Huruf             =          Terdiri daripada 1 huruf iaitu : 
م
 Makna            =          Memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya.

 Hukum          =          Apabila Mim Mati ( مْ ) bertemu dengan Huruf Mim ( م )pada lain kalimah, dimasukkan huruf Mim Mati ( مْ ) ke dalam huruf Mim Berbaris ( م ) dan dibaca dengan Dengung


2.        Ikhfa’ Syafawi
 Huruf             =          Terdiri daripada 1 huruf iaitu : 
ب
 Makna            =          Ikhfa’ bermaksud Tersembunyi. Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama     
    
 Hukum          =          Apabila Mim Mati ( مْ ) bertemu dengan Huruf (ب )  pada lain kalimah, dibunyikan huruf Mim Mati  (مْ ) antara bunyi Izhar dan Idgham dan dibaca dengan Dengung

 3.         Izhar Syafawi
 Huruf             =          Terdiri daripada 26 huruf iaitu : 
ر
ذ
د
خ
ح
ج
ث
ت
ا
غ
ع
ظ
ط
ض
ص
ش
س
ز

ي
ه
و
ن
ل
ك
ق
ف
 Makna            =          Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya tanpa dengung.        

 Hukum          =          Apabila Mim Mati ( مْ ) bertemu dengan Huruf-huruf selain daripada  م dan ب  pada lain kalimah, sebutan Mim Mati ( مْ ) dijelaskan dan dibaca secara Jelas dan Nyata Tanpa Dengung  

...bersambung.

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran