Dikala cinta menyapa
Aku karangkan cerita ini khas
buat remaja2, muslimah dan musimin, ikhwan dan akhwat, pemuda dan pemudi diluar
sana yang buntu mencari jawapan atau pun masih lagi dalam dilema. Aku Cuma
insan biasa yang miliki naluri yang sama seperti kalian semua. Yang ingin
dicintai dan mencintai yang ingin disayangi dan menyayangi.
Ramai yang akan mendefinisikan cinta seperti :
Apa definisi cinta
bagi anda?
berpegangan tangan,
berkucupan,
melakukan hubungan bersama,
sentiasa mengucapkan ‘I Love You’ kepada
pasangan,
dan bla,bla,bla.
Nampaknya definisi yang begitu extreme ini telah
merosakkan jiwa-jiwa suci remaja. Jangan salah ertikan makna cinta yang suci.
Kita yang mencorakkan cinta itu suci atau sebaliknya. Bagi aku, cinta itu
adalah yang membawa seseorang yang aku cintai ke syurga. Tidak mungkin aku
sepak orang yang aku cintai masuk neraka lalu aku katakan yang aku cinta
padanya. Makna kata aku takkan biarkan orang yang aku cintai dalam kemaksiatan.
Makanya aku kena persiapkan diri aku untuk membawa orang yang aku cintai ke
syurga. Takkan nak masuk syurga berlenggang tanpa bawa persiapan apa-apa.
Syurga itu hanya untuk orang yang luar biasa. Meskipun dilahirkan oleh insan
biasa.(^,^)
Aku nak jadi orang yang luar
biasa!
Ini kisah aku nak kongsikan dengan
orang ramai moga anda dapat sedikit gambaran dan apa tindakan yang boleh
dibuat. Aku bersekolah di sek men keb tun aminah dimana semuanya perempuan yang
berlainan bangsa. Sekolah 1Malaysia la kata PM kita. Ini membuatkan aku rasa lebih terjaga dari lelaki-lelaki yang
aku kira nakal dan jahat ketika itu. Aku masih
ingat lagi bagaimana aku mempertahankan nafsu aku untuk bercinta waktu alam
persekolahan. Walaupun tak ada lelaki dalam sekolah yang sama. Tapi kena ingat
yang sekolah aku bersebelahan dengan sekolah yang bercampur lelaki dan
perempuan. Ketika itu aku tak pernah join usrah atau mana-mana halaqah yang boleh
mensucikan hati. Sebab aku pelajar yang duduk di luar asrama. Ketika umur aku
17 tahun, terdetik hati nak bercinta juga. Alhamdulillah aku berjaya memujuk
hati aku dengan berkata ‘aku sedang berpuasa
nafsu’. Siap tulis dalam diari lagi untuk pujuk hati. Siapa bilang bisa bertahan inginkan bercouple , jika aku tidak kuat
pasti aku juga sama seperti remaja-remaja perempuan diluar sana yang sedang khusyuk
dan masyuk berjalan-jalan sambil berpegang tangan,setiap hari bergayut sampai
panas telinga. Aku juga berkawan dengan orang yang hangat bercinta sehinggakan
rela tubuh dijual hanya kerana cinta. Inikah yang dinamakan cinta?. Aku fikir
semula kekuatan dan kelemahan aku ketika diusia itu, jika aku bercinta pasti
aku akan menyayangi orang yang aku cintai sepenuhnya. Tapi, jika putus aku
lebih tahu siapa diri dan hati aku sebenar, silap hari mau ‘frust tonggeng’. Sebab
itu aku memilih untuk tidak bercouple.
![]() |
| Kerana Allah lebih dekat denganku. |
Coba untuk tidak mengotori
hatiku!
Selesai sudah kembara di dunia
remaja di sekolah menengah, kini aku kembara alam remaja ku di kolej
matrikulasi Pulau Pinang. Jauh tercampak seorang diri tanpa kenalan disana. Aku
mula memasang niat untuk berhijrah kearah yang lebih baik dari sebelum ini. Diatas
sebab memang tiada rakan kenalan disekolah menengah yang dapat sama tempat di
matrikulasi aku dengan rasa yakin untuk berhijrah. Dari sudut pakaian
aku,dahulu aku hanyalah pemakai tudung ‘45’ berubah menjadi ‘60’. Wanita
muslimah tau lah apa yang dimaksudkan ‘45’ dan ‘60’ itu. Dari sudut pergaulan
juga aku masih juga terjaga sebab aku dilahirkan dari sekolah yang tidak
bercampur dengan lelaki. Masih segar dalam ingatan sebelum bertolak ke pulau
pinang, kakak aku yang berpesan ‘jika disana jangan tinggal solat berjemaah dan
selalu lah turun ke surau’ . Aku selalu turun kesurau untuk menimba ilmu selain
ilmu duniawi. Aku berkawan dengan budak-budak perempuan dari sekolah Ma’ahad,
Kisas,MRSM dan sekolah agama yang lain. Mereka mewarnai kehidupanku menjadi
lebih indah dari sebelum ini. Ini lah yang digelar hidayah pemberian
illahi. Aku berpegang pada pesanan kakak
ku sehingga sekarang. Benar apa yang kakak pesan itu aku dapat berubah menjadi
diri aku yang baru.
Setelah hati ku disapa!
Aku sangat merindui alam
matrikulasiku. Kehidupan disana mengajar aku untuk menjadi lebih baik.Banyak
yang telah aku kutip sebelum aku bergraduasi disana. Aku pernah memegang
jawatan sebagai jawatankuasa perwakilan pelajar dibawah exco sukan dan
kebudayaan. Juga sebagai timb pengerusi siaraya surau. Dalam hidup berpesatuan
islamic ni banyak yang aku pelajari dari segi organisasinya serta perkongsian
idea yang pelbagai kepala. Rasa seperti dunia ini diwarnai. Hidup dalam
persatuan, perlu ingat bukan persatuan semuanya ahli perempuan tetapi adanya
kaum lelaki. Di sini bermulalah pengembaraan cinta yang aku ertikan. Hati mula
terpaut dengan seorang lelaki yang baik akhlaq dan tingkah lakunya. Aku tidak
menafikan fitrah yang Allah jadikan bagi
diri aku yang digelar manusia biasa. Cuma perlunya mengawal dan tahu cara-cara
melayan fitrah yang suci itu. Jangan sesekali dikotori. Begitu indah perjalanan
penciptaan manusia itu. Dipenuhi lagi dengan fitrah-fitrah yang indah lagi suci. Tak
salah jika ingin menyayangi seseorang yang kita cintai. Ya kan?
Usaha untuk menjaga hati!
Mendengar azan subuh dipagi
hari yang merdu dicorong pembesar suara dari blok lelaki, terhenti seketika
untuk mendengar azan sehingga habis. Tertanya dihati, ‘milik siapakah suara
itu?’. Hati kuat menyatakan adakah dia orangnya. Terdengar juga orang ramai
bersuara yang mengatakan bahawa itu suara lelaki yang aku maksudkan. Ternyata
tekaan aku betul. Sesekali berjalan untuk ke kelas dipagi hari, terserempak
juga dengan sidia. Hati terasa bahagia sepanjang hari. Adakah ini dinamakan
cinta?. Aduh, inilah penangan hebat diusia muda. Ini adalah hukum alam,
bilamana kita suka akan sesuatu pasti ia akan muncul dengan kerap. Jadi,untuk
menarik kejayaan kita perlu selalu memikirkan kejayaan tersebut. Kita mampu menjadi manusia yang berjaya.
![]() |
| Allah inside my heart. beep...beep. |
Insyaallah Dikala cinta menyapa akan bersambung untuk siri yang kedua.
Tunggu...
Tunggu...




Comments
Post a Comment