Dariku untukmu


Embun pagi melimpahi bumi
bagaikan tersirat seribu erti
begitulah cerita kehidupan kita ini
tersurat dari lauhul mahfuz lagi..

Pertemuan kita menjalinkan ukhwah yg sejati
apa ertinya hanya Allah yg mengetahui 
ku harap kau kan terus tabah demi menghadapi
bersabarlah dengan ujian ini

Namun kupercaya setiap dugaan untukmu
tanda kasih sayang Allah yg satu
teruskan perjuanganmu 
yakinlah ALLAH ada disisimu
ujianmu ini semampu kamu

Wahai hamba ALLAH yg sedang diduga
pandanglah daku walau untuk seketika
doaku buatmu yg sedang mnderita
agar syurga menantimu disana.....








  
Mendengar dan menghayati lirik lagu dariku untukmu dari syaraf yusof sangat menyentuh hati. Bercerita tentang ukhuwah yang sejati. Sejauh mana persahabatan itu dijalinkan?...gusar ku melihat keadaan diriku sendiri yang mungkin tidak habis melunaskan hak-hak untuk sahabat. Kerana hak yang tidak tertunai akan di tuntut diakhirat kelak. Allahu akhbar. Ampun dan maaf kepada yang mengenali diri ini andai tidak diberikan haq yang sepatutnya.

Adakalanya termasam muka dengan sahabat tanpa sebab. Gara-gara masalah lain sahabat pula yang mendapat tempelaknya. Maafkan diriku sahabat. Saya bukan sahabat yang baik. Tetapi saya cuba sedaya upaya untuk menjadi sahabat yang baik kepada kalian. Allah menguji hambanya melalui banyak medium ataranya melalui sahabat.

Rukun dalam bersahabat ni salah satunya ialah berlapang dada dengan sahabat. Sehingga boleh mencapai tahap itsar iaitu melebihkan sahabat. Subhanallah, cuba cek dalam diri ada atau tidak rukun-rukun tadi. Sukar? 

Ya, semestinya untuk mencapai tahap paling tinggi dalam bersahabat memang sukar. Tetapi tidak mustahil jika kita buat sesuatu dan pandang sesuatu semuanya kerana allah. Tidak ada yang mahal didunia ini melainkan sahabat sejati. Bagi diriku, sahabat sangat memainkan peranan yang sangat besar dalam travelog perjalanan diriku sebagai hamba.

Aku mengaku bahawa, aku tidak mampu untuk berjalan seorang diri didunia menongkah badai yang hebat. Sahabat lah yang membantu diriku, memberiku semangat, menjadikan diriku dekat kepada allah. Penting dalam pemilihan kawan untuk menyusuri jalan dakwah ini. Mungkin juga dia adalah penolong kita diakhirat kelak. Aku berdoa semoga sahabat ku menjadi penghuni syurga ilahi.

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah,

Dedicated to: Nisa, Dayah, Sarah, Najwa Baki, Shira, Mastura, Haqiqah, Akmal, Zu, Amirah, Qhadijah, Eza, Fiza, Kak Ida, Kak Shahida, Kak Ayu, Kak Aisyah, Kak Nadia, Kak Fatrah, Adik Najwa, Atiqah, Aishah, Zulaikha, Fatehah, Wahidah, Hasanah, Kak Rosyidah, Kak Aqilah, Kak Hakimah, Kak Syazwani, dan yang mengenali diri ini.




Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran