Melonjakkan dakwah dan bisnes
Dalam dunia training dan konsultan kebiasaannya trainer akan memberikan soalan untuk dijawab seperti
"Apakah matlamat hidup anda 5 hingga 10 tahun akan datang?"
Mulalah peserta sekalian menulis bagai nak rak satu helai kertas penuh dengan harapan. Bagus sememangnya bagus menyenaraikan segala hal yang diimpikan didunia ini. Menampakkan orang tersebut jelas matlamat hidupnya. Ada juga segolongan yang dari minit awal sampai minit yang terakhir tidak tahu nak tulis apa.
Ini kes parah!
Awas!!!
Orang yang tidak tahu matlamat hidup, mudah tergelincir.
Lain pula dengan seorang trainer yang membawa konsep sedikit kelainannya dan juga terkesan dalam diri saya sendiri terutamanya. Tuan Fazrul seorang penulis buku Master PIES membawa kelainan dalam program beliau. Antaranya beliau gemar untuk membawa peserta dengan bermimpi sehingga ke langit.
Pelik bukan?
Mimpi ke langit yang saya maksud kan disini adalah matlamat di akhirat nanti apa yang kita ingin capai. Sememangnya jika yang muslim akan tulis nak masuk syurga. Yang bukan muslim pun tulis juga impian mereka untuk masuk syurga. Tambahan, mereka juga punyai pilihan jika tidak dapat tiket masuk syurga mereka akan di hukum sebanyak tujuh kali dengan disumpah menjadi 7 jenis binatang kemudian mereka akan dimasukkan ke dalam syurga. Inilah kepercayaan mereka. Muslim pula akan dibersihkan dosanya didalam api neraka setimpal dengan perbuatannya di dunia.Kemudian dihujungnya tetap masuk ke syurga.
Seterusnya, Tuan Fazrul bawa emosi peserta untuk menulis impian mereka pada masa 100 tahun dari umurnya yang sekarang. Sememangnya pada waktu 100 tahun akan datang sudah tiada dimuka bumi ini. Mengikut kepada rata-rata umur manusia sekarang ini tiada yang sampai angka 100. Ada yang menulis mahu meninggalkan anak yang soleh wa musleh. Ada juga yang mahu tinggalkan Yayasan dan juga tempat pengajian kitab tahfiz.
Anda pula nak tingggalkan apa?
Kemudian dibawa turun lagi emosi peserta untuk lebih realistik dan nampak berpijak dibumi. Bermulalah merangka kehidupan sebulan akan datang kemudian, seminggu sehinggalah merancang untuk esok hari. Bila mana sudah dirangkakan begini baru nampak jelas matlamat yang mahu dituju dan dicapai. Semua orang akan menuju ke satu titik yang sama diakhirnya iaitu GOD SPOT.

Tidak kisah apa juga legasi yang anda mahu tinggalkan, cuma ada tiga amalan yang bakal dibawa oleh anak adam iaitu :
- anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya
- amal jariah
- ilmu yang bermanfaat
Moga bermanfaat untuk semua umat islam.

fuiyooo...nice blog :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. mohon tunjuk ajar lagi dari Tuan Syazli.
Delete