Mari mengaji Siri 1



Sepanjang bulan Disember 2013 ini, kak d.ja mendapat tugasan sampingan iaitu mengajar ngaji. Ada tiga orang adik-adik ngaji kak d.ja. Ada yang baru lepas SPM, lepas PMR dan lepas UPSR. Alhamdulillah semuanya sudah lepas. Ibu kepada adik-adik ini memberitahu kak d.ja bahawa dia tidak mahu cuti sekolah anak-anaknya dibazir dengan menonton TV, tidur dan bermain game. Ibu bapa yang sangat bertanggungjawab dengan aktiviti anak-anak  akan mengambil langkah yang proaktif. Kak d.ja nak berkongsi hukum-hukum tajwid yang ada dalam al-quran. Moga bermanfaat. :)


Bagi Nun Sakinah (ﻥْ ) dan Tanwim ( ـًـٍـٌ ), terdapat 5 jenis hukum iaitu :
1.    Izhar Halqi
2.    Ikhfa’ Hakiki
3.    Idgham Maal Ghunnah (Bighunnah)
4.    Idgham Bila Ghunnah
5.    Iqlab


1.     Izhar Halqi
Huruf             =          Terdiri daripada 6 huruf iaitu : 
ه
ع
خ
ح
غ
أ
Makna            =          Izhar bermaksud Jelas.   
      
 Oleh itu hendaklah dijelaskan sebutan Nun Mati dan Tanwim serta setiap huruf Izhar Halqi dari makhrajnya tanpa mendengungkannya.
Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Izhar Halqi
di dalam satu kalimah atau dua kalimah, dibaca dengan Jelas, iaitu Tanpa Dengung

 2.     Ikhfa’ Hakiki
 Huruf             =          Terdiri daripada 15 huruf iaitu : 

ك
د
ص
ز
ج
ت
س
ذ
ش
ظ
ط
ض
ق
ث
ف
  Makna            =          Ikhfa’ bermaksud Tersembunyi. Membaca huruf yang

sifatnyaantara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf yang pertama.

 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Ikhfa’ Hakiki, dibaca dengan Dengung

3.     Idgham Maal Ghunnah
 Huruf             =          Terdiri daripada 4 huruf iaitu : 
ن
م
و
ي
 Makna            =          Idgham Berdengung iaitu memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya serta dengung

 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Idgham Maal Ghunnah di dalam dua kalimah, dibaca dengan Dengung.

...bersambung


Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran