Mari Mengaji Siri 2

Alhamdulillah dipanjatkat kesyukuran kepada Allah. Yang sedang membaca masih diberikan mata untuk melihat dan membaca. Tangan yang menekan keyboard masih lagi boleh digerakkan. Mulut yang terkumat-kamit masih lagi boleh bercakap. Tidak terhitung nikmat yang Allah berikan jika dikira. Maka itu bersyukurlah.

“Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)



Siri ke-dua mari mengaji ini kak d.ja nak berkongsi hukum tajwid seterusnya.

Semoga bermanfaat. :)


4.     Idgham Bila Ghunnah 
Huruf             =          Terdiri daripada 2 huruf iaitu :
ر
ل
 Makna            =          Idgham Tanpa Dengung iaitu memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya tanpa dengung

 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Idgham Bila Ghunnah di dalam dua kalimah, dibaca denganTanpa Dengung 

5.     Iqlab
 Huruf             =          Terdiri daripada 1 huruf iaitu : 
ب
 Makna            =          Menukarkan bunyi Nun Mati dan Tanwim kepada bunyi huruf Mim dan diikhfa’kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba’ yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung.


 Hukum          =          Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan Huruf Iqlab, dibaca dengan Dengung

...bersambung

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran