Ibrah al-Kahf
Ancaman Dajjal
bukanlah pada menghancurkan dunia ini dari aspek fizikal, tetapi menghancurkan
sistem kepercayaan kita melalui kekeliruan yang sengaja ditimbulkan.
Kekeliruan-kekeliruan ini sedang dibangunkankan oleh dajjal-dajjal kecil yang ada sekarang sementera menunggu ianya dilengkapkan dengan kebangkitan Dajjal kelak.
Surah al-Kahf adalah anugerah Allah SWT sebagai perisai dan sejata utama umat Islam untuk meghadapi krisis kekeliruan ini.

Mungkin hari ini
kira dalam keadaan gelisah dan terbeban dengan perkara-perkara di luar kawalan
kita dan kita tidak tahu adakah kita masih mempunyai ruang dan peluang untuk
perbaiki keadaannya.
Bersabarlah.
Ayat ke 71 surah al-Kahf menceritakan peristiwa Khidir membocorkan perahu dan respon Musa alayhi salam terhadap persitiwa itu. Dalam dialog respon Musa alayhi salam, al-Quran menggunakan perkataan 'kharaqa' iaitu sebuah perkataan yang jarang digunakan, tetapi mempunyai maksud yang sama dengan 'khalaqa', iaitu membuat.
Dalam aspek penulisan bahasa arab, huruf 'ra' dalam 'kharaqa' memisahkan huruf 'kha' dan 'qaf', manakala huruf 'lam' dalam 'khalaqa' pula menyambungkan huruf 'kha' dan 'qaf'.
Penggunaan perkataan 'kharaqa' berbanding perkataan 'khalaqa' adalah salah satu seni dalam al-Quran, kerana dalam konteks ayat ini, Nabi Khidir telah 'membuat' kebocoran/kerosakan pada perahu tersebut, seperti mana huruf 'ra' memisahkan huruf 'kha' dan 'qaf'.

Kita mungkin tidak
ada seorang Khidir untuk menerangkan kepada kita apakah yang sebenarnya berlaku
di sebalik semua itu. Tapi kita ada Tuhan kepada Khidir yang merancang segala
sesuatu, maka bersabar dan bersangka baiklah padaNya.
Kisah Nabi Musa dan
Nabi Khidir memerlukan kita memahami perjalanan kisah itu adalah pada melihat
kehidupan sebenar dengan pandangan yang lebih tenang dan sabar, tidak ghairah
menghukum apa yang ada di depan mata, kerana mungkin apa yang kita lihat sekarang
adalah cebisan-cebisan kecil daripada gambaran keseluruhan.
Kisah ini menyediakan rawatan kepada rasa ghairah dan gelojoh kita sebagai orang yang berkeinginan kepada ilmu supaya bersabar dan menjadikan ilmu sebagai landasan untuk mendapatkan redha Allah, bukannya sebagai landasan mengambil tugas tuhan daripada Allah.

Comments
Post a Comment