Hadiah 2014 Buat Rakyat Malaysia


24/12/2013 Selasa.

Tempat: Pulau Tambisan.
Jam : 1600hrs
Saksi Pertama Orang Kampung Dinau Pulau Tambisan
Saksi Pertama
Nama: Rukut Bin Abdullah
Umur :38 
Saksi Ke 2
Nama:Rohayani Majid
Umur:32

Saksi Datang Ke Balai Polis Tambisan Untuk Membuat Report Berkaitan Kejadian Aneh Berlaku Di Persisiran Pantai Pulau Tambisan.Sekitar Jam 1540hrs Di Mana Ikan-Ikan (Jenis Tidak Dinyatakan)Naik Ke Permukaan Darat Mengikuti Arus Ombak Di Mana Keadaan Cuaca Mendung.
Penerima Report:
Sjn 62773 Alimat Bin Tausin (Osc Balai Pulau Tambisan)
Jam 1650 Hrs
Pegawai Penyiasat Bergegas Ke Tempat Kejadian Menaiki Bot Merin/Pgm 12 Jenis Bot Pac11.
Pegawai Penyisat
I/61172 Rozaini.

Siasatan Di Buat Bersama Wakil Jabatan Kaji Cuaca/Viterinia/Persatuan Nelayan/Do
Yb Rukma Bin Yahya
Laporan Terperinci Kejadian Bermula Pada 1512hrs Akibat Daripada Ikan-Ikan Di Lautan Tidak Puas Hati Kerana Mau Naik Ke Darat Menuntut Brim 3.0..
Kepada Semua Yg Belum Tuntut Brim Jomlah Ramai2 Menuntut Sayang Tu Brim Ikan Pun Mau Brim...


Haa...begitulah seloka rakyat Malaysia.

“Angkara Budaya Rasuah, Malaysia diambang Bankrup”,
“Malaysia bankrupt 9 tahun lagi”,
“Rakyat makin sengsara dengan pelbagai kenaikan”,
“Tol naik: satu lagi janji BN ‘kenakan’ rakyat ditepati”.

Membaca sebuah akhbar secara online dengan tajuk utamanya seperti diatas merunsingkan diri ini sebagai sebahagian rakyat yang berpendapatan sederhana. Sekarang ini, kerajaan mula untuk laksanakan GST.

Apa itu GST?

GST adalah cukai barangan dan perkhidmatan.

Maknanya harga barangan akan mula meningkat. Seperti tepung, gula, minyak dan barang keperluan seharian.  Perlaksanaan GST bukan lah satu cara untuk menambah pendapatan Negara malah memiskin kan rakyat. Punca utama harus dilihat dari segi pengurusan penadbiran kerajaan itu sendiri. Barangkali ada penyelewengan yang tidak dibendung dari akar umbi. Ia menjadi semakin parah dan menjadi barah!

Satu perkara yang paling menakutkan adalah Negara Malaysia bankrupt.

Makmal Rasionalisasi Subsidi (MRS) menjangkakan hutang Negara meningkat 100 peratus berbanding keluaran dalam Negara jika pemberian susbsidi diteruskan. Antara subsidi yang diberi adalah BR1M paling ‘femes’ setiap tahun. Seronok memang seronok. Siapa tak suka dapat duit RM500 percuma. Beri sahaja tanpa memikirkan kesan dihujungnya akan meninggalkan kesan yang buruk sebenarnya. 

Rakyat pula usah hanya menerima sahaja tanpa usaha lain untuk mencari nafkah hidup. Yang punya kuasa usah diabaikan amanah yang ditanggungjawabkan. Yang kaya raya pula usah dilupa zakat dan sadaqah kepada yang miskin. Yang miskin pula usah dilupa untuk terus berusaha mencari rezeki tanpa mengharapkan manusia melainkan Allah. Hidup lebih tenang dan bermakna jika manusia itu faham akan tugas dan amanah yang telah diberikan. 

Resam kehidupan saya akur,
Syariat Allah saya patuh.











Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran