Raudhah dihatiku TV9


Bismillahirrahmanirrahim… 

Allahhumma sollia ala Muhammad.

Lama sudah tidak mencoretkan sesuatu di tinta tahirah ini. Nak kata sibuk Cuma hal dunia saja. Insyaallah moga-moga hal dunia yang dilakukan dapat saham pahala untuk akhirat. Saya cuba juga untuk mencari waktu kosong untuk saya luangkan buat coretan ini. Teringat saru potong kata-kata ulama yang berbunyi “dunia itu tanam-tanaman untuk akhirat”. Maka tidak kisah apa sahaja yang dialakukan oleh anak cucu adam diatas dunia ini adalah untuk sahamnya diakhirat. Oleh itu, cuba sedaya upaya untuk melakukan setiap pekerjaan dengan niat untuk mendapat redha allah.

Baiklah, disini saya mahu kongsikan cerita sepanjang saya berada di perkarangan masjid As-Salam Puchong bagi program Raudhah Dihatiku TV9. Program disebelah pagi yang saya hadiri ialah Lin Nisa’ iaitu untuk kaum wanita sahaja. Saya agak lewat sampai ke tempat program dan pada ketika itu sedang berlangsung perkongsian cerita dari seorang artis iaitu Salima AF. Sempat juga mendengar cerita darinya mengenai pengalaman sewaktu lawatannya ke bumi Gaza. Subhanallah, mendengar cerita darinya saya seolah-olah terus masuk dalam ceritanya.

Sewaktu ketibaan rombongan dari rakyat Malaysia ke bumi Gaza, hidangan pertama yang dilihat oleh mereka ialah mayat seorang as-syahid rijal al-qasm yang baru meninggal. Tetapi, rasa pelik menyelubungi perasaan iaitu rasa ketenangan meskipun tiada jaminan keselamatan pada ketika itu. Datang seorang wanita berusia seorang ibu menghampiri rombongan lalu memberikan salam dan mengalu-alu kan kedatangan “selamat dating ke rumah kamu ya habibati ya habibi”. Terkejut dan terkedu mendengar ucapannya yang mengatakan bahawa disitulah tempat dan rumah mereka. Ibu it uterus membawa mereka ke rumahnya dan melayan seperti anak sendiri tanpa ada riak wajah sedih dipamerkan. Ibu ini berkata lagi, mereka tidak kisah allah meletakkan mereka dibarisan hadapan. Malah mereka meletakkan nyawa mereka dihadapan untuk umat islam yang lain. Allahu akhbar. Sewaktu sedang beramah mesra dengan kanak-kanak pula, ada seorang adik lelaki berumur 13 tahun mengeluarkan snek tam-tam lalu diberikan kepada semua yang ada disekelilingnya sehinggakan jika tidak ambil yang diberi dia kan menangis. Setelah habis semua dia berikan kepada orang disekelilingnya barulah dia makan snek itu. Subhanallah, siapakah mereka ini? Memang benar Nabi Muhammad itu akhlaq nya adalah al-quran. Mereka mengamalkan apa yang rasulullah ajarkan. Tersentap dan terkedu dengan akhlaq mereka. Berbeza sangat dengan sikap diri sendiri. Allahu akhbar.

Begitulah cerita serba sedikit yang boleh dilihat sewaktu rombongan mereka ke Gaza.

Ini pula cerita dari seorang artis yang telah pun berhijrah pada tahun 2012. Farah ashikin one in million. Ini perkongsian cerita dari mulutnya sendiri tanpa ada unsur menokok tambah cerita. Cerita ini boleh diambil iktibar dan pengajaran buat wanita lain. Terpulang kepada pembaca untuk judge.

 Cerita penghijrahan beliau bermula detik ketika beliau sedang bersiap-siap untuk memakai skirt pendeknya untuk ke majlis pernikahan rakannya. Sedang dia membutangkan skirt nya yang pertama dihadapan cermin dia terlihat rambutnya sedang dijulang dalam api. Lalu, dia berhenti seketika dan memejamkan mata sebentar. Dia berkata pada dirinya bahawa itu Cuma khayalan. Sedangkan pada waktu itu memang dia tidak memikirkan apa-apa. Dia meneruskan untuk memasang butang skirt nya, lalu dia terlihat lagi didalam cermin itu tubuhnya pula yang dijulang dalam api. Dia mula rasa kurang tenang dengan apa yang dilihatnya. Lalu, dia mengambil keputusan untuk memakai seluar panjang. Setelah itu, dia pun keluar untuk ke majlis pernikahan rakannya. Sewaktu perjalanan pulang dia terfikir pasti aka nada sesuatu yang berlaku tetapi dia tidak mengetahui perkara apa. Dia melihat dosa-dosanya sejak akil baligh lagi. Dia meminta kepada allah dalam hatinya untuk dijauhkan perkara yang dilihatnya sebelum ini. Terdetik dihatinya untuk pinta kepada allah supaya keresahan itu dijauhkan darinya.



Diringkaskan cerita dia pergi menemui ibu ayah nya serta seluruh adik-beradiknya dan meminta maaf jika ada salah dengan mereka sebelum ini. Lantas, dia mengambil keputusan untuk menghijabkan dirinya sesempurna pakaian wanita menutup aurat.

Pesanan kepada wanita yang masih lagi hidup di bumi yang nyata ini, saya menyeru untuk kita sama-sama memperbaiki hubungan kita dengan allah. Yang mana belum tutup aurat dan rasa susah boleh lihat pengalaman dan cerita yang telah dilalui oleh mereka yang dapat melihat azab dirinya didunia. Allah sudahpun melihatkan bayangan azab diakhirat. Ambillah iktibar supaya selamat dari azab yang sebenarnya.


 Doa saya kepada seluruh umat islam moga-moga mendapat redha allah dan cintanya.

Mahukah anda bertaubat sebelum nafas yang terakhir?

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran