Hati bersih
“Dan
makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal
dan baik, dan bertaqwalah kepada Allah
yang kamu beriman kepadanya.”
(al-maidah,
88)
Allah
jualah yang menurunkan rezeki kepada hamba yang dikehendakiNya dan juga menariknya
semula. Allah ya rahman, ya rahim penuh
dengan kasih sayangnya memberikan nikmat tanpa minta dibayar. Apakah balasan
yang kita berikan kepada Allah? Tiada apa yang mampu untuk dibayar malah kita
membalasnya dengan keegoan, ketamakan, kebongkaan dan kealpaan.
Rezeki
yang Allah beri bukan untuk diri sendiri malah untuk dikongsikan bersama insane
lain. Banyak kali Allah pesan dalam firmanNya “……makan dan minumlah tapi jangan
membazir…..” contohnya di kenduri kahwin dan juga open house. Pasti akan
berlaku pembaziran terutama sekali makanan. Tuan rumah pastikan anda
menyediakan beg plastic untuk tetamu bungkus makanan yang lebih. Jadilah insan
yang murah hati. Sentiasa ada rasa untuk memberi.
Makan pula pastikan beringat. Beringat ketika
makan antaranya berhenti sebelum kenyang dan ingat orang belakang. Kita selalu
lihat kejadian kaut-mengaut makanan ini jika ada majlis yang disediakan
makanan. Fenomena ini berlaku kerana sifat tamak. Jika ini yang berlaku atas
individu tersebut maka kesannya pada hati. Pertama makan banyak sudah tentu
boleh jejaskan kesihatan. Kedua pula, makan banyak boleh mengeraskan hati. Oleh
sebab itu, kesihatan harus dijaga kerana ia mempengaruhi hati. Bila hati sihat,
badan pun sihat. Jika kita mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak, makan
pun tercungap-cungap. Tidak sempat untuk rasa manisnya nasi. Nabi sudah ajar sekecil-kecil
perkara cara untuk makan. Caranya kunyah sebanyak 30 kali dan kemam. Kunyah
sampai lumat. Berhenti sekejap untuk rasa manisnya nasi tadi. Cuba untuk
menikmati makanan yang anda makan. Ada sebab nabi buat demikian. Kajian sains
telah membuktikan ianya untuk membantu pencernaan dalam perut nanti.
“….waqina
azaa bannar.” Jangan berebut-rebut ketika makan. Jaga adab ketika makan.
Yakinlah dengan rezeki yang Allah beri. Ada satu situasi saya nak kongsikan
disini. Satu mesyuarat telah pun diadakan di bilik mesyuarat. Setelah selesai
mesyuarat pengerusi majlis ada menjemput ahli mesyuarat untuk menjamu selera.
Terlihat lah dua orang akak ni berlari-lari menuju kearah meja makanan dan
terdengar dari mulutnya “…kena cepat kalau tak habis makanan ni nanti.” Sudah
ambil makanan ditangannya terus lari untuk ambil tempat duduk pula. Sedang dia
berlari, tersungkur jatuh sebab pakai kain ketat sangat ditambah pula pakai
kasut tinggi hari itu. Terabur makanan yang dibawa tadi diatas lantai.
Dibiarkan makanan yang jatuh itu dan terus ambil makanan yang baru. Jika Allah
kata rezeki itu bukan miliknya, maka ia tidak akan sampai kepadanya.
Ini
pula kisah menarik Hassan Al-Basri. Beliau seorang yang memiliki rumah yang
besar dibina oleh anak muridnya. Pada satu hari, seorang pencuri masuk kerumah
Hassan. Pencuri itu mencuri baju yang ada dirumah Hassan, kerana pencuri itu
melihat banyak baju didalam almari-almari besar. Sedang pencuri sedang masukkan
baju dalam beg karung, datanglah Hassan dengan senyap dan menyapa sipencuri
dari belakang. Hassan beritahu pencuri tadi ada lagi baju di bilik sebelah.
Pencuri itu tadi berkata, “kau siapa?” Hassan menjawab, “aku pencuri seperti
kau”. Pada keesokan harinya seorang anak murid Hassan datang ke rumah tok
gurunya dan mendapati rumah tok gurunya telah dimasuki pencuri. Lalu, heboh
satu kampung yang rumah Hassan dimasuki pencuri. Pencuri itu mendengar
kekecohan yang berlaku dan diketahui rumah yang dimasuki dia semalam ialah
rumah Hassan Al-Basri. Indahnya akhlaq Hassan al-Basri dia telah memaafkan
pencuri itu sebelum si pencuri mencuri lagi. Jika allah telah tetapkan rezeki
untuk kita, maka kitalah yang akan dapat.

Comments
Post a Comment