SAHABAT
Sahabat…
Mungkin engkau tidak akan pernah tahu
Betapa berertinya engkau dimataku
Mungkin engkau juga tidak akan pernah tahu
Betapa sayangnya aku terhadapmu
Sahabat…
Terkadang aku begitu egois
Dan tak mahu tahu kesulitanmu
Terkadang aku juga begitu posesif
Ingin kau selalu bersamaku
Sahabat…
Terkadang aku begitu cemburu
Saat kau bersama yang lain
Dan mengacuhkan aku
Sungguh aku cemburu
Sahabat…
Tahukah engkau seringkali aku rindu
Saat rutin harian membuatkan kita jauh
Dan aku menjadi begitu rindu
Saat tak sedikit khabar pun yang ku dengar
tentangmu
Sahabat…
Tahukah kau seringkali aku rindu
Saat jarak terbentang
Dan aku menjadi begitu rindu
Tak mendengar derai tawa dan gurau candamu
Sahabat…
Seringkali kecewa ku goreskan
Seringkali luka ku lakukan
Seringkali luka ku torehkan
Pada hati lembutmu, sahabat
Sahabat…
Percayakah kau bila aku katakana
Bahawa kau sahabat terbaikku
Percayakah kau bila aku katakana
Aku mensyukuri nikmatNya memiliki sahabat
sepertimu
Sahabat…
Banyak waktu kita lalui bersama
Suka maupun duka
Senyum dan tangis bersama
Sahabat…
Ada harapanku tentangmu dan aku
Yang seringkali kupanjatkan
Agar kita menjadi manusia yang thabat
Yang mampu member inspirasi kepada manusia
Tentang kekuatan dan ketegaran
Dibalik kelembutan yang mesti kita lekatkan
Sahabat…
Teriringlah cintaku
Yang tak pernah kau tahu betapa banyaknya
Bersemangatlah dirimu seperti mentari
Yang begitu ceria menyinari hari
Sahabat…
Maka semoga Allah pun berkenan dalam keredhaan
Saat persahabatan ini dalam lingkungan ketaatan
Saat persahabatan ini kita dapat saling menjaga
Saat persahabatan ini kita dapat saling menjaga
Saat persahabatan ini kita dapat saling
menasihati
Sahabat…
Jangan pernah letih mencintaiku
Kerana akupun
tak akan menjadi letih dengan cintamu
Jangan pernah lelah menyayangiku
Kerana aku pun dapat kuat kerana memilikimu
Sahabat…
Aku mencintaimu kerana allah
Aku menyayangimu kerana allah
Maka apakah kau juga mencintaiku kerana allah?
Dan menyayangiku kerana Allah?
Comments
Post a Comment