Pengertian ramadhan
Sempurna sudah
sebulan umat islam berpuasa. Tibalah saat bahagia menyambut hari kemenangan
umat islam. Ramadhan 1434 kali ini memberikan kisah yang berlainan dari
sebelumnya. Tragedi yang hebat melanda rakyat dimesir terutama sekali. Telah
berlakunya peperangan dan pemberontakan untuk menjatuhkan perdana menteri mesir
iaitu Dr. Mursi oleh tentera As-sisi yang kejam lagi dzalim. Pemerintahan Dr.
Mursi yang baru setahun memerintah Negara mesir telah pun menimbulkan
ketidakpuasan hati sang dzalim. Nabi sudah pun memberitahu umatnya diakhir
zaman ini akan ada golongan pemerintah yang zalim untuk memerintah negaranya.
Telah pun kelihatan apa yang nabi sampaikan. Inilah tanda-tanda kiamat akan
muncul pada saat-saat yang berbaki sedikit ini. Semoga kita terselamat dari
fitnah dunia ini.
Hebat sungguh
ujian yang dihadapi rakyat mesir pada bulan ramadhan. Rakyat yang menyokong Dr.
Mursi sanggup tidak berganjak dari tempat perhimpunan untuk mempertahankan
perdana menterinya. Namun apa yang berlaku adalah balingan bom dan pemedih mata
serta tembakan dari anti-Mursi. Pengikut ikhwanul muslimin, exco menteri juga turut ditangkap oleh tentera. Dalam pada
masa yang sama, mereka berpuasa disiang hari dan berbuka dengan sebiji buah tamar
kerana tidak punyai kesempatan untuk menikmati juadah berbuka yang enak-enak.
Berbeza pula
dengan keadaan di Negara Malaysia, Negara yang aman tiada peperangan. Namun ,
masih juga kalah dengan nafsu sendiri. Jika rakyat dimesir dihujani dengan
peluru dan bom ketika berpuasa, rakyat Malaysia pula dihujani dengan limpahan
makanan di bazaar. Jika air cukup semua warna ada. Makanan pula yang tak pernah
dengar dan tak pernah lihat pun muncul di bulan ramadhan. Hebat sungguh dugaan
kami.
Angka kematian di
bumi mesir semakin meningkat. Para shuhada sudah pun hidu bau wanginya syurga.
Perginya mereka dalam keadaan tersenyum tanpa rasa kesakitan. Anak kecil tidak
berdosa juga turut pergi dalam keadaan menyayat hati. Namun sang dzalim tidak
mengetahui bahawa syurga sedang menanti kepulangan mereka. Bagaimana pula
dengan keadaan kita yang tidak pasti namanya tertulis di langit syurga malah
berasa senang dan seronok dengan keadaan yang ada sekarang. Sememangnya ujian
yang allah berikan kepada setiap insan malah setiap masyarakat, setiap
keturunan dan juga setiap Negara semuanya berbeza. Allah mahu menguji hambanya,
melalui malaikat jibril, allah kirimkan ujian kepada hambaNya. Ujian yang
diberikan itu punya sebab, kerana Allah rindu akan rintihan hambaNya.
Ketahuilah
saudara seislamku bahawa kita tidak punya masa yang banyak. Cuma masa yang
berbaki inilah ,lagi hebat dan banyak Allah limpahi kita dengan ujian. Adakah
kita akan bertahan ataupun tewas. Bayangkan jika ujian sekelumit ini kita sudah
tewas, inikan pula ujian fitnah paling besar yang bakal meyusul iaitu fitnah
dajjal al masih. Nauzubillah. Kerana kita sudahpun tiba dan sampai pada
detik-detik kiamat. Fasa-fasa kiamat kecil sudah pun kita lalui. Moga saya dan anda semua serta seluruh umat
islam terselamat dari fitnah terbesar ini. Allahumma amin ya rabby.
DEMI MASA.....
Menyia-nyiakan waktu itu lebih buruk daripada kematian. Menyia-nyiakan waktu akan memutuskanmu dari Allah dan akhirat, sedangkan kematian hanyalah memutuskanmu dari dunia dan penghuninya. (Ibnul Qayyim, Al Fawa'id)
Menyia-nyiakan waktu itu lebih buruk daripada kematian. Menyia-nyiakan waktu akan memutuskanmu dari Allah dan akhirat, sedangkan kematian hanyalah memutuskanmu dari dunia dan penghuninya. (Ibnul Qayyim, Al Fawa'id)


Comments
Post a Comment