Hantu movie atau movie hantu?


Alhamdulillah allah masih sayang anda jika anda sedang membaca entri ini. Kenapa? Sebab allah masih berikan udara untuk bernafas, allah beri pinjam mata untuk melihat keindahan alam dan khususnya untuk membaca entri ini. Serta banyak lagi nikmat yang allah berikan pada setiap makhluk yang hidup ini. Allah berfirman dalam kitab sucinya al-quran bahawa kamu tidak akan mampu untuk mengungkap nikmat yang banyaknya. Subhanallah. Nikmat yang allah berikan didunia ini hanyalah setitik air daripada lautan yang luas terbentang. Allahhu akhbar.

Kenapa dengan tajuk entri kali ini. Macam lain saja bunyinya kan? Teruskan membaca sehingga ke noktah yang terakhir entri ini.

ADAM HAWA, SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA, CINTA JANNAH, SETIA sehingga HUJUNG NYAWA,
TRANSFORMER, IP MAN, OLYMPUS HAS FALLEN, DESPICABLE ME, PRINCESS DIARY…..

   




Pasti anda pernah tahu tentang tajuk-tajuk di atas. Atau mungkin juga anda peminat setia salah satu tajuk cerita yang saya senaraikan diatas. Betul tak?
Saya sedari siapa saja yang tidak gemarkan hiburan dan cerita-cerita yang menarik. Sekarang ini sudah banyak di pawagam mahupun television cerita dari luar Negara mahupun dalam Negara itu sendiri. Tetapi cerita yang bagaimana yang harus ataupun sepatutnya ditonton?

Saya sememangnya gemar menonton movie. Terutama sekali cerita dari barat ataupun luar Negara. Seronok bila menonton English movie ini, lebih-lebih lagi yang anime, adventure dan akademik. Terutama sekali bila waktu menonton perkara yang paling saya suka sekali ialah belajar bahasa inggeris . Ini cara paling cepat bagi saya dan tak bosan. Lagi seronok saya akan cuba untuk tahu isi tersirat filem. Orang barat buat cerita sememangnya ada agenda tersendiri terutama sekali untuk menyampaikan agenda dajjal.  Maaf jika saya katakana saya bukanlah penggemar filem-filem melayu ni. Cerita melayu ni saya kurang gemar sebab banyak juga mengarutnya. Ini pendapat secara peribadi. Terpulang kepada diri masing-masing untuk memberi pendapat. Malaysia Negara bebas bersuara. Lebih-lebih lagi filem hantu sedang menular sekarang ini.

Saya kongsikan perbualan saya dengan orang yang berpendidikan tinggi. Beliau mengatakan jika kita nak tahu polar fikir sesebuah Negara, lihatlah filem yang dikeluarkan dari negaranya. Boleh saya katakan disini pemikiran rakyat Malaysia masih ditakuk yang lama dan dalam proses pembangunan. Sedangkan orang barat telahpun terbang ke angkasa lepas. Mereka mampu menghasilkan filem yang tak tercapai dek akal.

Filem Malaysia pula masih lagi bersangkut paut dengan hantu, perkara khurafat, cerai berai ditambah rencah maksiat dalamnya. Bagaimana pemikiran rakyat nak maju jika filem dan cerita yang di persembahkan tidak memainkan peranan yang tepat dan betul. Jika keruntuhan akhlaq itu datangnya dari mana, saya boleh katakan bahawa punca utamanya ialah dari jalan cerita yang tidak memberikan kesan membangun minda dan akhlaq.

Seperti mana yang kita tahu bahawa remaja memang mudah terpengaruh dengan suasana persekitaran. Tambahan pula jiwa mereka yang kental dan ingin mencuba perkara yang baharu. Lebih-lebih lagi tarikan yang paling berpengaruh sekali adalah melalui media massa. Jika di geledah panggung wayang di Malaysia, maka yang paling ramai sekali ialah remaja.

Jika inginkan Negara yang bertamadun dan berfikiran kehadapan, maka setiap orang perlu memainkan peranan. Jangan lupa untuk menapis filem dari luar Negara sebelum dibawa masuk kedalam Negara. Supaya dapat mengurangkan kadar filem lucah dan tidak bertamadun. Pemikiran dan sikap rakyat itu dibentuk melalui apa yang mereka lihat. Jika yang ditonton sejak kecil filem yang mengarut maka ia akan tertanam dalam jika. Maka lahirlah jiwa-jiwa yang berfikiran keruh dan kolot. Lihatlah anak-anak kecil disekeliling anda apa yang sedang mereka tonton?

Tidak salahnya jika anda suka menonton dan berhibur. Asalkan tidak melanggar hukum allah. Beringatlah ketika anda sedang berhibur. Mungkin juga maut menjemput saat kita sedang berhibur. Moga dijauhkan. Nabi pernah memberitahu bahawa umatnya diakhir zaman ini ada satu penyakit iaitu ‘wahn’ yang bermaksud cintakan dunia dan takutkan kematian.


Walaubagaimanapun, pilihan itu terletak ditangan anda. Anda mampu untuk membuat pandangan dan membuat pilihan yang lebih baik. Setiap orang ada pilihan sendiri. Begitu juga saya.

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran