Di sebuah perhentian


Sedang saya duduk untuk menuggu bas di sebuah stesen bersama sahabat yang bernama Aishah, datangnya seorang warga asing untuk bertanya sesuatu. Dia menanyakan soalan itu pada Aishah.

“Where is the airline centre?”

“Oh, you want to go there? Meaning to say you need to take the commuter to the KL central and interchange to the KLIA express”

“No, no. I want to buy my ticket. So, where is the centre of the airlines?”

“I’m sorry for that. Okay you can go to the KL central to get the information of airlines there.”

“Okay. Terima kasih.” Balas warga asing itu.

Saya hanya membatukan diri dalam perbualan mereka berdua tadi. Bukan apa, saya tidak tahu dimana letaknya airlines centre. Warga asing itu tadi terus mengambil tempat duduk berdekatan dengan Aishah. Setelah itu, kami seronok berborak tentang bisnes sementara menuggu bas.  Memandangkan Aishah buat ‘part time’ dalam bisnes. Saya pula dengan bisnes yang sudah mencecah hampir dua tahun beroperasi. Selepas  itu, Aishah ini seorang yang ringan mulutnya jika dia bertemu dengan orang yang baru dia kenal. Jadi, dia pun bertanya pada warga asing itu tadi.

“Where are you come from?”

“I come from Baghdad.”

“What are you taking course here?”

“I’m doing my PhD in plant. I love plant”. Sambungnya lagi.

“What is your name?” saya bertanya.

“My name is Mughdhor”.

“What its mean?”

“Mughdhor is yogurt. The actual meaning is Rejab in the past. There is in surah al-fatihah.”

Kami pun tersenyum satu sama lain mendengar maksud namanya yang pertama sekali.

“What is your name?” Mughdhor bertanya kepada kami.

“My name is Aishah.” Balas Aishah.

“My name is khadijah.” Balas saya pula

“Subhanallah, nice name. Khadijah is a rich person.” Balas Mughdhor.

Saya hanya mampu tersenyum mendengarnya. Secara tiba-tiba Mughdhor mengeluarkan beg duitnya dan menunjukkan gambar isterinya kepada kami.

“My wife, Rahimah.” Katanya.

“Your wife is Malaysian?”  Saya bertanya.

“Yes. My wife is Malaysian. She lives in Gombak.”

“Do you have child?” Tanya Aishah kepada Mughdhor.

“No. Allah hasn’t given yet.”

“Insyaallah soon will be.” Balas saya.

“Now I will ask you a question.” Kata Mughdhor.

“Sure can.” Balas kami berdua.

“Do you believe the trees are live?” Soalnya.

“Yes, we believed that.”

“Do you know when you take two leaves and touch it at positive and negative at the phone’s battery, it will little bit charged. subhanallah.”

“Where is the tree come from?” Soalnya lagi.

“We don’t know the answer. You know the answer?”

“I also don’t know the answer until know. Nobody can find the answer. What I have understood is plant come from tamar tree. The rest I don’t know. I still find the answer. Subhanallah.”

Kami terkejut dengan apa yang diberitahunya. Dengan riak muka kami yang terkejut tadi Mughdhor menceritakan lebih banyak lagi tentang pokok. Selama ini kami tidak pernah terlintas difikiran kami tentang soalan yang diajukan tadi. Ia menjadikan kepala minda kami berkerja untuk memikirkan soalan tadi. Saya merasa tertarik sepanjang dalam perbualan tadi, Mughdhor tidak terlepas dari mengucap syukur Alhamdulillah atas penciptaannya sehinggakan masih ada lagi rahsia kejadian alam yang manusia tidak ketahui.

Sudah setengah jam masa berlalu. Kami masih menunggu kedatangan bas dengan rasa sabar. Saya tidak akan menyiakan waktu saya walau dimana saya berada. Meskipun dalam keadaan dalam menunggu saya akan mengisi masa dengan membaca ataupun berbincang sesuatu perkara jika saya berteman. Dalam beg tangan saya pasti ada sebuah buku. Ia sebagai simpanan untuk saya baca jika dalam keadaaan menunggu. Pernah saya menghabiskan bacaan saya hanya dalam keadaan menunggu dan di dalam transport awam sahaja. Seronok sangat membaca masa berdiri dalam train ataupun duduk. Secara tak langsung dapat mengisi otak dengan ilmu daripada duduk termenung sementara menunggu ke tempat yang dituju.

Sebelum kami berpisah dengan Mughdhor, dia ada berkata bahawa dia suka berborak dengan orang yang dia baru jumpa. Lagi-lagi berborak fasal perkara yang berfaedah dan bermanfaat. Dia ada pesan untuk tegur dia bila terjumpa dimana-mana nanti. Insyaallah. Terima kasih Mughdhor atas perongsian ilmu yang belum pernah kami ketahui lagi J







Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran