KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA WAKTU, PUASA dan SYAFAAT NABI SAW
Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W
duduk bersama para sahabat muhajirin
dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi
lalu berkata : ' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat- kalimat
yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan
kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab (terhampir).'
Lalu Rasullullah
S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan
kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
Sabda Rasullullah S.A.W. : 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka
bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat
ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat
Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang
Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti
Allah akan mengkabulkan permintaannya.‘
Sembahyang Isya'
itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku,
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari
terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang
kafir.'
Setelah orang
Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah
pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?’
Rasullullah S.A.W
bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan,
sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang
mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api
neraka Jahanam pada hari Kiamat.' Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala
sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang
mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi
yang baru lahir.'
Setelah itu
Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang
terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat
di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan
sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan
perkenankan'. Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (attammah). Katakan
kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang
mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang
Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan adari terkena nyalanya api neraka dan
diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'
Sabda Rasullullah
S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan
sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T.
dua kebebasan iaitu:
1) Dibebaskan dari api neraka.
2) Dibebaskan dari nifaq (sifat munafik).
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan
dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu
katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah
Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.
Sabda Rasullullah
S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu
tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T.
mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin
makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya'.
Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu.
Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.’ Sabda
Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan
ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:
1) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh di badannya (daging yang tumbuh
dengan makanan yang haram).
2) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4) Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5) Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6) Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang
titian sirath.
7) Allah S.W.T. akan memberinya balasan syurga.'
Kata orang
Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami
kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.' Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang
nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap
menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di
hari kiamat).'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu
katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha
illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah
dan engkau utusan Allah).'
"Dan
sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira
kepada orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah : 155)
Comments
Post a Comment