SINOPSIS TRAVELOG OKINAWA
Perjalanan
kehidupanku ini bermula dari peringkat yang sukar menurutku penuh dengan
kesusahan dan kegagalan. Sehinggakan aku rasa tak mampu untuk teruskan hidup
ini. Namun , aku kuatkan tekad dan semangatku, aku kembalikan diri aku kepada
penciptaku. Ya, aku kembalikan semula apa yang terjadi pasti ada hikmah yang
allah nak ajarkan kepadaku.
Travelog
ku ke sebuah negara yang dimana menurut para ulama’ “ku melihat islam dinegara
bukan islam”. Itulah negara JEPUN.
Terjemahannya:
Sesiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Surah
At-talaq .Aku yakin dengan ayat suci al-quran yang Allah turunkan. Rezeki yang diberikan tanpa terlintas
difikiran.
Travelog
1
Pengalaman
paling bermakna dalam hidup ini. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Jepun
terasa angin bertiup kencang kedinginan. Akhirnya sampai jua di bumi Jepun.
Siapa tidak mengenali Jepun, sebuah negara yang terkenal dengan jolokan ‘negara
matahari terbit’. Negara yang memiliki teknologi tinggi yang tidak terjangkau
dek fikiran. Bukan itu sahaja yang menarik hati, ada perkara lain yang sangat
menarik untuk saya kongsikan pengalaman yang indah dan bermakna.
Travelog
2
Di
jepun mereka lebih menekankan dan terapkan dengan alam. Dari situlah terbentuk
nilai-nilai murni. Kembali semula kepada realiti dan philosophy sebagai seorang
manusia. Budaya timur bagi mereka tiada jalan pendek untuk berjaya. Apa yang
dilakukan pada masa depan adalah dari sejarah nya sendiri. Kekuatan 10 tahun
akan datang adalah sejarah 10 tahun sebelumnya. Contoh analogi seperti anak
panah. Sejauh mana busur ditarik sejauh itulah anak panah akan pergi. Bangsa
jepun suka melihat kepada dirinya sendiri. Persoalan-persoalan yang selalu timbul
dalam diri mereka. Nilai-nilai murni yang diterapkan pada permulaannya. Apa
yang pekerja komit terhadap syarikat.
Bersambung.....
Bersambung.....

Comments
Post a Comment