Klimaks Graduasi

Sempat posing atas permintaan sahabat yang sukarela untuk jadi juru kamera pada hari keramat ini.

 Saat yang ditunggu-tunggu...tibalah giliran cik puan untuk bentangkan hasil kerjanya. 


 Tetap dengan gaya profesionalis nya ketika perbentangan.



Pelbagai soalan dan juga jawapannya.

Tersebut adalah sedikit gambaran tentang presentation final year project untuk module FOOD BIOTECHNOLOGY pada hari selasa 4Jun2013. 

Tibalah giliran yang ketiga, iaitu giliran saya. Alhamdulillah, bersyukur pada allah semuanya berjalan lancar sepanjang hari perbentangan. Tahniah saya ucapkan kepada semua rakan-rakan yang telah berjaya dalam perbentangan. Masing-masing sudah boleh tarik nafas lega nampaknya. Lepas ini boleh fokus pada peperiksaan akhir tahun. Kita sudah berusaha dan cuba sebaik mungkin, selebihnya kita serahkan pada Allah. Kerana Allah lebih tahu yang terbaik buat hambanya. 

Terima kasih saya ucapkan buat sahabat saya Nurul Anisah, Rabiatul Adawiyah, Kartika yang sudi hadir pada hari perbentangan tadi. Kalian sememangnya sahabat yang menyokong saya bukan sekadar dalam sudut kerohanian malah dari sudut yang pelbagai. 

Sedikit pengalaman yang ingin saya kongsikan disini secara santai dengan pembaca budiman sekalian. 

Pernah tak anda merasakan gementar untuk bercakap dikhalayak ramai?
Pernah tak anda hilang idea-idea yang sudah dirancang sebelum ini ketika tampil kehadapan?
Pada  mulanya ada sedikit rasa gementar dalam diri ketika nama dipanggil untuk tampil kehadapan. Namun, dengan langkah bismillahi tawakkaltu 'allallah saya meyakinkan diri. 

Saya terfikir kenapa perlu takut untuk tampil kehadapan untuk bercakap?
Siapakah yang memberikan kekuatan dikala kita lemah?
Siapakah yang lebih besar? Keyakinan diri kita ataupun Allah yang Maha Besar?

Biarkan kebergantungan yang tinngi kepada Allah berbanding dengan  keyakinan diri kita sendiri. 
Jangan hilang rasa yakin dalam diri anda, kerana saya selalu ingatkan diri saya juga bahawa orang yang yakin dengan dirinya sendiri ialah orang yang yakin dengan bantuan dari Allah. 
Mintalah pada Allah keyakinan dan kekuatan. Dia pasti berikan pada hambanya. Cuma kita sahaja yang sombong nak berdoa dan meminta kepadaNya.

Saya kongsikan doa yang diajar Rasulullah SAW kepada kita. Inilah doa cahaya. Amalkan pembacaan doa ini untuk segala situasi yang bakal dihadapi.

Tips untuk berucap:

1) Niat
2) Doa 
3) Senyum dengan penonton
4) Positifkan diri
5) Amalkan penafasan ini :
5saat tarik nafas (pastikan hanya perut sahaja yang kehadapan, bahu tegak)
5saat tahan
5saat lepaskan dimulut

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran