Islamic Camp Leadership










Alhamdulillah Islamic camp leadership telah berjaya dilaksanakan pada 26 mei 2013. Seramai 22 orang peserta terpilih dan terbaik yang hadir pada program ini. Terima kasih saya ucapkan pada AJK pelaksana program yang sudi menjemput saya. Terima kasih juga buat sahabat saya yang menjadi peneman dan merangkap fasi saya (nisa dan aisyah) harap kalian sudi untuk jadi fasi lagi untuk program seterusnya. Kenangan manis dengan kalian saya bukukan dalam album blog tinta tahirah. 

Program kali ini memberikan makna besar buat penceramah fresh seperti saya. Antara pengalaman menarik yang boleh saya kongsikan disini bersama pembaca budiman sekalian. Semasa dalam perjalanan ke tempat program saya telah melalui jalan yang sama sebanyak dua kali. Ini satu perkara yang ajaib sekali. Allah memberikan ibrah kepada saya sepanjang perjalanan ke tempat program. Tuntasnya selepas ini saya akan bersiap dan bertolak seawal mungkin untuk sampai ke tempat program. Didikan Allah kepada manusia itu melalui persekitaran.

Pengisian dalam program kali ini saya berkongsi secara santai dengan peserta tentang pengalaman saya sepanjang berada di bumi Jepun. Kenapa saya memilih Jepun untuk dikongsikan. Kerana kita boleh ambil pengajaran bagaimana untuk melahirkan insan yang berkualiti. Ada dua yang dapat dipelajari dari sudut islamic view iaitu IQ dan EQ. Apa itu IQ dan EQ?

IQ (intellectual quotion)- Sebut saja Jepun siapa tidak kenal dengan negara yang memiliki kelajuan teknologi yang mengalah kan negara-negara besar yang lain seperti Amerika Syarikat dan negara eropah yang lain. Teknologi seperti dari sudut komunikasi, perkhidmatan awam dan pelbagai lagi telah mencapai satu tahap yang tidak terlaksana di negara lain. Iphone, window 8, kereta parkir bertingkat, tandas yang convenient dan bersih serta banyak lagi. Semakin maju teknologi semakin maju rakyat Jepun. Berbeza pula dengan sesetengah negara yang semakin maju teknologinya semakin mundur rakyatnya.

EQ (emotional quotion)- Sekarang mari pula kita lihat negara Jepun dari sudut EQ. Mari kita melihat Jepun dari sudut yang dalam selepas negara maju ini terpalit dengan peristiwa hitam sewaktu perang dunia kedua. Negara Jepun dibom dengan dasyat sekali. Sehingga kesan nuklear itu meninggalkan kesan yang sangat lama sehingga kini. Rakyat Jepun menderita kesan dari bahaya radiasi nuklear. Namun semangat kaizen rakyat Jepun menyebabkan mereka bangkit kembali bukan untuk membalas dendam tetapi bangkit dari sudut pemikiran. Kini mereka berjaya memiliki senjata terhebat iaitu bullet train yang mampu mengalahkan Amerika Syarikat.

 Andalah yang menentukan maju dan mundurnya sesebuah negara .

Comments

Popular posts from this blog

Doa agar Al-Quran jadi sahabat karib

Koleksi Kanvas Tadabbur Tazakkur

I.B.R.A.H : Pemudi Proaktif Dalam Al-Quran