Kembara mencari ilmu
Entri pada kali ini saya ingin berkongsikan tentang perjalanan saya sebagai pencinta ilmu. Saya gemar dengan majlis -majlis ilmu seperti usrah, bedah buku, ceramah, program, seminar, kuliah dan seisi dengannya.Saya juga gemar menonton rakaman di youtube jika saya tidak dapat menghadiri mana-mana majlis ilmu. Sekarang ini pun sudah banyak ceramah ustaz ustazah yang ada di you tube. Apa guna teknologi canggih jika bukan untuk mencari ladang ilmu. Satu kata- kata yang saya ingat adalah "Didunia ini terdapat taman-taman syurga dan itu lah majlis ilmu, dimana malaikat menebarkan sayapnya untuk menaungi insan yang ada dalam majlis ilmu. Lalu berdoa lah malaikat kepada Allah untuk diampuni dosa sipulan/pulanah ini." Subhanallah, merenungkan ungkapan itu menjadikan diri saya tidak duduk diam. Pasti ada sahaja majlis ilmu yang ingin dihadiri.
Saya sedar akan kehidupan sebagai mahasiswa yang perlu memberikan fokus yang tinggi pada akademik. Kerana kini disogokkan dengan mahasiswa sekarang banyak menganggur setelah bergraduasi. Meskipun mereka bergraduat dengan segulung ijazah. Pada pandangan saya, berbalik semula kepada mahasiswa itu sendiri. Dalam hidup ini setiap orang ada dua pilihan. Apa pilihan itu?, pilihlah kebaikan ataupun keburukan. Pilihlah Kebahagiaan ataupun kesengsaraan. Pilihan ini berada di tangan anda. Jika mahasiswa sekadar belajar hanya untuk mendapat segulung ijazah serta 4.0 asbab ibu dan ayah yang suruh, maka kesan diakhirnya kita dapat lihat kelahiran mahasiswa yang lesu dan mundur .
Saya boleh ungkapkan disini bahawa hampir setiap minggu saya hadir ke majlis ilmu. Sekali seminggu paling kurang. Saya bagaikan sudah ketagih untuk menghadiri majlis ilmu. Ingatlah kepada rakan-rakan mahasiswa yang saya hormati sekalian, menuntut ilmu ini adalah satu ibadah. Ia dikira sebagai jihad kecil. Mati kita ketika waktu belajar adalah sama dengan pahala para syuhadah. Allah sudahpun 'offer' kepada manusia kebaikan dan saham yang sangat besar.
Sepanjang waktu di kampus saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Atiqah dan Aishah sahabat yang sama rasa, sama cita-cita dan sama kesukaan. Kesukaan kami adalah menghadiri majlis ilmu. Sahabat saya sering kali menghantar pesanan ringkas kepada saya jika ada majlis ilmu yang dianjurkan dikawasan berdekatan kampus. Tidak kira lah dalam kampus mahupun luar kampus. Berbayar ataupun tidak. Pernah saya pergi ke seminar Productive Muslim dimana speaker dia dari UK. Program yang dimana saya ditaja oleh sahabat saya .Saya boleh katakan ukhuwwah kami bermula atas dasar ilmu. Kami jarang berjumpa atas faktor masa kuliah yang berbeza. Kami hanya sempat ber'dating' apabila ada majlis ilmu. Tambahan pula, bila kami bertemu tidak akan ada masa yang tersisa begitu saja. Ini kerana kami suka bercerita antara satu sama lain. Kami akan memberi pendapat tentang majlis ilmu yang kami hadiri. Perbualan kami 90% adalah ilmiah.
Baru-baru ini kembara mencari ilmu saya di universiti kebangsaan malaya menghadiri wacana "secangkir teh pengubat letih". Siapa tak kenal motivator juga pendakwah al fadhil ustaz Hasrizal. Beliau menceritakan perjalanan ke Turki sebanyak 26 kali katanya. Kecintaan untuk menuntut ilmu dalam diri ustaz sangat saya kagumi meskipun sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Tanggungjawab sebagai ayah tidak menjadi penghalang beliau untuk kembara mencari ilmu. Pengalaman seseorang yang membentuk karakter dan personalitinya. Pesan beliau pergilah kembara ke seluruh dunia. Kutiplah mutiara-mutiara ilmu yang ada di negara orang. Buka lah minda dengan mengembara.
Alhamdulillah saya sudahpun menjejakkan kaki ke bumi matahari terbit iaitu Jepun. Saat saya keluar dari kepompong 'Malaysia' minda saya terbuka secara automatik. Melihat keadaan disana yang jauh berbeza dengan rakyat Malaysia. Dari sudut teknologinya tidak dapat dinafikan. Meskipun Jepun dahulu pernah tercalit peristiwa hitam iaitu perang dunia kedua yang di bom oleh Amerika Syarikat. Semangat kaizen yang jitu dalam diri setiap jiwa mereka. Sewaktu saya datang ke bumi Jepun pada masa yang sama Window 8 telahpun dilancarkan. Apa yang saya kagumi ialah pelajar-pelajar di Ryukyus University telahpun menggunakannya. Tambahan pula, Iphone 5 juga telah pun dikeluarkan dan mereka sudah pun memilikinya. Apabila saya berjalan di pusat beli belah pelancong, melihat cover telefon yang kebanyakkannya adalah cover untuk Iphone. Tidak ketinggalan untuk terkejut bila saya balik Malaysia yang saya dapati adalah Window 8 yang tak begitu dikenali dan juga Iphone 5 yang baru nak di tempah. ianya Sangat berbeza.
Timbul persoalan, bagaimana Jepun boleh pertahankan kondisi negara meskipun bencana melanda? Sedangkan Malaysia yang hidup aman damai tidak seperti itu. Dimanakah slogan yang selalu dilaungkan Malaysia Boleh!?
Don't blame others. It's all about your mind.
Comments
Post a Comment