Motivasi Gaya Rasulullah
Motivasi Gaya Rasulullah
Berjaya memiliki buku yang amat berharga, lebih2 lagi beli buku direct kepada tuan penulisnya. Buku yang bertajuk ‘Motivasi Gaya Rasulullah’ penulis oleh Dr mohd khairul azam seorang pensyarah di USIM. Dapat harga murah sebab beli terus dengan penulisnya berserta tandatangan beliau. Dalam kesempatan itu sempat juga bersembang dengan beliau untuk mengorek rahsia bagaimana untuk menulis dan menghasilkan sebuah buku. Beliau mengatakan perlu berguru untuk menghasilkan sebuah buku dan masa yang diambil bukanlah masa yang begitu singkat tetapi mengambil proses yang lama selain membuat kajian tentang buku yang nak ditulis.
Memiliki sebuah buku bagaikan memiliki emas didasar laut dalam. Ilmu perlu digali dan dicari tanpa rasa jemu kerana semakin banyak ilmu seseorang hamba itu dia semakin sedar bahawa ilmu yang dimiliki belum cukup tinggi. Kerana ilmu allah itu seluas lautan yang terbentang. Seorang hamba yang mencari ilmu akhirat semakin mendekatkan dirinya dengan Allah swt. Sehingga dia dapat merasakan betapa kerdilnya dia dan betapa tingginya ilmu yang allah miliki. Allahu Akhbar!!!
Tips yang sangat menarik telah diketengahkan oleh penulis untuk garis panduan seorang motivator, trainer mahupun seorang tenaga pengajar. Bagi saya sendiri, buku ini sesuai dijadikan panduan bukan sekadar untuk menjadi seorang motivator tetapi untuk memotivasikan diri mengikut sunnah Rasulullah.
(surah al-ahzab,ayat 21)
Rasulullah motivator agung
Daripada Jabir bin Abdullah, nabi pernah berpesan,
"Setiap perbuatan baik adalah sedekah."
(sahih bukhari, 6021)
kita selalunya menjadikan kata-kata para motivator barat sebagai panduan. Sebagai contoh kata-kata motivasi seperti ini menjadi sandaran utama dalam memotivasikan pendengar:
"You cannot change the wind direction, but you can change your wing direction"
Akhirnya ,Rasulullah kita tidak jadikan sebagai ikon besar dalam dunia motivasi. Kita jarang sekali mendengar ungkapan seperti ini:
"Wah,saya terkesan dengan hadis2 motivasi ini!"
ataupun
"Hebatnya motivasi yang diberikan oleh nabi kepada para sahabat sehingga mereka mampu bertahan walau apa sahaja ujian yang melanda."
Manusia zaman sekarang sudah pandang ke barat. Mereka anggap barat lah yang paling bagus sekali dalam semua hal. Tidak salah untuk ambil kejayaan yang dikecapinya sebagai penaik semangat kita untuk terus maju bersaing dengannya. Jangan sesekali meng'copy' paste apa yang barat buat. Jika diteliti dan diperhalusi banyak buruknya barat ni daripada baik. Hati-hati membuat pilihan. Maka itu, ambil contoh dan ikon agung umat islam iaitu Rasulullah dalam segala hal. Kerana baginda dilabelkan sebagai al-quran yang bergerak. Akhlaq indahnya persis al-quran. Sesiapa yang membaca al-quran serta terjemahannya,dia mendapat motivasi direct dari Allah.
Hebatnya Allah memotivasikan Rasulullah dan terus disampaikan direct kepada umatnya melalui al-quran. Maka itu mari membaca al-quran selalu...dekat dihati :)
Sumber Motivasi Islam
Sumber 1: solat
Sumber 2: al-quran
Sumber 3: hadis
Sumber 4: kisah para ulama dan orang soleh
Sumber 5: seruan azan
Sumber 6: taubat
Sumber 7: sabar
Sumber 8: ikhlas
Moga menjadi amalan untuk kita menjadi seorang yang positif dalam setiap perkara. Kerana oarang yang positif akan menarik cas-cas positif ke dalam badan serta menarik perkara2 baik kepada dirinya. Bila dekat dengan orang lain cas positif dalam badan tadi dapat mengalir ke badan orang tersebut sehingga dapat melahirkan rasa bahagia dan tenang. Jadi, mari sebarkan bahagian dan ketenangan. :)

Comments
Post a Comment